Pasangan kita adalah amanah dan anugerah yang dikurniakan Allah. Bukan milik mutlak kita dan harus dihormati.
Rasulullah SAW adalah sebaik-baik tauladan. Dialah kekasih Allah, penyebar dakwah, dan pembawa mukjizat al-Quran.
ARTIKEL MENARIK:Kalau betul Tuhan itu wujud, kenapa ketika manusia dalam kesusahan Tuhan tak bantu.
Baginda bukan saja pemimpin yang baik, guru yang bijaksana, imam yang adil, ayah yang bertanggungjawab, namun juga seorang suami yang sangat penyayang.
Di sini (melalui pembacaan) saya kongsikan bagaimana cara Rasulullah SAW mempamerkan rasa sayangnya dalam hidup berumahtangga. Moga dapat menjadi contoh untuk kita bersama.
- Contoh untuk semua
Nabi bukan sahaja terkenal dengan sikap jujur dan amanahnya, malah dengan akhlak yang ditunjukkan Nabi membuatkan dia dipercayai oleh semua orang.
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akh1rat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Surah Al-Ahzab: ayat 21)
- Perlu berilmu
Ilmu adalah panduan hidup. Lihat sahaja kesan pendidikan Rasulullah SAW kepada isterinya, Sayidatina Aisyah yang bukan saja memahami agama dengan baik malah menjadi tempat rujukan orang lain pula.
- Rajin membantu
Nabi sering meringankan beban isterinya dengan bersama-sama membuat kerja.
Walaupun Baginda seorang ketua negara, imam dan mempunyai banyak tanggungjawab di luar, Baginda tetap membantu isterinya melakukan kerja-kerja rumah.
Lihat sahaja bagaimana Rasulullah SAW membantu para isteri Baginda. Baginda membersihkan rumah, memer4h susu kambing dan menjahit kasut. (Al-Tabaqat, Ibn Sa’ad)
- Menjadi penasihat
Nabi menasihatkan ahli keluarganya dengan cara penuh berhikmah dan santun. Tiada herd1kan mahupun perl1an.
Oleh kerana itu beliau menjadi tempat rujukan para sahabat tentang sebarang masalah.
- Sabar berhadapan pasangan c3mbu ru
Nabi bijak dan adil dalam menangani sikap cembu ru pasangannya. Baginda tidak m4rah, malah merasakan rasa cembu ru itu fitrah seorang perempuan.
Baginda selalunya menghargai perasaan isterinya itu, dan kemudian menjelaskan kesalahan kepada sikap cembu ru yang timbul serta membetulkannya.
- Meluahkan perasaan cinta
Seiring dengan perbuatannya, Nabi juga menzahirkan rasa cinta melalui percakapannya.
Pernah ditanya siapakah yang beliau cinta, beliau menyebut nama isterinya. Rasanya isteri mana yang tidak suka dengan sikap pengakuan secara terbuka demikian, bukan?
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Surah ar-Ruum ayat 21)
Begitulah antara yang boleh kita ambil melalui sikap Baginda. Dalam rumahtangga perlu ada tolak ansur.
Kita bukan sahaja perlu menerima, malah perlu belajar memberi. Masing-masing hidup untuk saling melengkapi.
Tunaikan amanah dan tanggungjawab sebagai suami dan isteri dengan baik. Moga semuanya saling bersabar dan memperbaiki kehidupan ke arah lebih baik. Semoga bahagia hingga ke syurga!
Sumber : Iluvislam via Rencah Rasa.
Post a Comment