‘Memang Benar Saya Dan Suami Sudah Berpisah’ – Mas Anizan tampil cerita pekara sebenar

‘Memang Benar Saya Dan Suami Sudah Berpisah’ – Mas Anizan tampil cerita pekara sebenar

Siapa tidak kenal dengan pelakon cantik jelita ini meskipun usia menginjak 50an. Tidak banyak kisah beliau yang dikongsikan umum, baik dari kisah peribadi mahupun kerjaya seni.

‘Memang Benar Saya Dan Suami Sudah Berpisah’ – Mas Anizan tampil cerita pekara sebenar



Bukan sengaja berahsia, sebaliknya bekas model dan pelakon popular era 1990-an, Mas Anizan, 48, memilih menyimpul rapi kisah peribadinya sejak bergelar anak seni lebih tiga dekad lalu.

ARTIKEL MENARIK:Elyana Rusing Kerana Harga 1 Ubat Dia Cecah RM50 Ribu Dan Dia Perlu 5 Ubat Tapi Apa Reaksi Netizen Patut Diberi Pujian


Bagi pelakon yang diperkenalkan menerusi drama Sesat Dalam Cahaya pada 1990, kehidupan peribadi menjadi hak privasi dan tidak perlu dikongsi dengan khalayak.

Sejak dahulu, pendirian tetap teguh tidak berkongsi soal peribadi terutama kisah rumah tangga. Namun, kali ini, Mas Anizan bagaikan hilang kata-kata apabila terbongkar kisah percraiannya.

Perkahwinan kedua bersama ahli perniagaan dari Kuala Lumpur yang dibina sejak sembilan tahun lalu gagal diselamatkan. Sudah ketentuan takdir, jodoh mereka tidak kekal hingga akhir hayat.

Menerusi Kolum Desas-Desus, sisipan B*POP, Ahad lalu, kisah percraian wanita berdrah kacukan Melayu-Inggeris itu terbongkar apabila bayangan ahli perniagaan berkenaan tidak kelihatan pada majlis pernikahan anak sulung, Mas Aliza, baru-baru ini.


“Kita Utamakan Akad Nikah Dulu, Resepsi Menyusul…,” – Tahniah! Anak Gadis Mas Anizan Selamat Bergelar Isteri Juruterbang



Loading...


Ia sekali gus mencetuskan spekulasi, apatah lagi, kisah percraian Mas Anizan dan ahli perniagaan berkenaan pernah ditimbulkan sebelum ini.

Bagi pelakon drama Sara Sajeeda dan Hati Yang Dikhianati itu, tiada apa yang perlu diselindungkan lagi.

” Memang benar, saya dan bekas suami sudah berpisah. Apa yang berlaku sudah pun berlalu.

” Sejujurnya, saya terima ketentuan takdir dengan hati yang reda dan sabar.

” Saya anggap jodoh kami tidak panjang hingga ke akhir hayat. Saya sentiasa percaya soal jodoh, pertemuan, rezeki, ajal dan m4ut semuanya ketentuan Ilahi.

” Soal kenapa dan mengapa, biarlah menjadi rahsia yang tersimpan kemas. Seperti yang ramai tahu, saya tidak selesa berkongsi soal peribadi terutama kisah rumah tangga sejak dahulu lagi.

” Bagi saya, kisah peribadi lebih elok tidak menjadi bahan tatapan khalayak. Walaupun saya seorang selebriti, tetapi tidak semua perkara saya boleh berkongsi, itulah prinsip dipegang sejak zaman muda lagi.

” Ada sesetengah perkara perlu disimpan sebagai hak peribadi. Lagipun, saya perlu menjaga hati banyak pihak terutama anak-anak dan ibu,” katanya kepada BH Online.

Wanita kelahiran Teluk Intan, Perak itu menafikan, ia salah satu punca dirinya tidak pernah mendedahkan identiti bekas suami hingga berpisah pun tiada siapa yang tahu.

” Segala tindakan dilakukan tentulah bersebab. Saya tidak selesa kehidupan peribadi saya dan keluarga terlalu terdedah pada pengetahuan umum.

” Saya akui, anak-anak menjadi pengguat semangat saya. Mereka sentiasa ada di sisi ketika suka dan duka saya.

” Jujurnya, hbungan saya dan bekas suami masih baik kerana kami memiliki seorang cahaya mata perempuan, Ariana Marissa yang kini berusia 7 tahun. Apapun, bekas suami tetap bapa kepada anak saya,” katanya.

Mengulas adakah serik berkahwin lagi, Mas Anizan berkata, perkataan serik tidak wujud dalam kamus kehidupannya.

” Namun, saya tetap berhati-hati. Dalam usia matang, tiada apa yang saya harapkan melainkan kebahagiaan dan ketenangan hidup bersama anak-anak.

” Bagaimanapun, saya tidak mampu menolak kehendak takdir jika bertemu jodoh lagi. Pastinya, saya mengharapkan lelaki beriman yang boleh membimbing dan memimpin saya ke syurga,” katanya,

Ditanya mengenai perkembangan terbaharu, Mas Anizan berkata, dia sedang menghabiskan penggambaran drama Hati Yang Dikhianati terbitan Global Station yang tertunda disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga berlanjutan dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

” Alhamdulillah, saya sudah boleh kembali bekerja selepas hampir lima bulan berkurung di rumah. Saya anggap ini rezeki anak-anak,” katanya.

Sumber:bharian via Trending Kini




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post