Elyana Rusing Kerana Harga 1 Ubat Dia Cecah RM50 Ribu Dan Dia Perlu 5 Ubat Tapi Apa Reaksi Netizen Patut Diberi Pujian

Elyana Rusing Kerana Harga 1 Ubat Dia Cecah RM50 Ribu Dan Dia Perlu 5 Ubat Tapi Apa Reaksi Netizen Patut Diberi Pujian

Penyanyi, Elyana, 34, dicadangkan doktor untuk menggunakan satu ubat khas dalam sesi kedua rawatan kimoterapi yang akan dijalaninya, Jumaat ini.

Elyana Rusing Kerana Harga 1 Ubat Dia Cecah RM50 Ribu Dan Dia Perlu 5 Ubat Tapi Apa Reaksi Netizen Patut Diberi Pujian



Bagaimanapun, harga ubat itu agak mahal dan mencecah RM50,000 untuk satu rawatan.

ARTIKEL MENARIK:[VIDEO] Aliff Syukri Cium Jenazah Nenek Buat Kali Terakhir Buat Ramai Sebak


Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal berkata, ubat itu perlu digunakan untuk lima kali rawatan dan tentu kosnya sangat tinggi.

ELYANA. FOTO IG Elyana

“Saya kini dalam perbincangan dengan pihak pengeluar ubat itu mengenai harga atau mendapatkan tajaan separuh harga,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dalam situasi sekarang yang menyebabkan banyak pendapatannya merosot, kos rawatan yang tinggi agak menggusarkan.

“Memang pening kepala juga sebab dalam keadaan sekarang, saya sebagai artis pun tak dapat bekerja seperti sebelum ini. Jadi, punca pendapatan terjejas,” katanya.

Berkongsi mengenai keadaan kesihatannya selepas menjalani sesi pertama rawatan kimoterapi minggu lalu, Elyana berkata, dia mengalami beberapa kesan sampingan antaranya rabun yang semakin teruk.

“Selepas menjalani kimoterapi pertama, badan saya memang agak lemah. Perut pula rasa agak keras dan itu sedikit sebanyak mengganggu pernafasan.

“Paling saya rasakan adalah mata saya semakin kabur dan itu menyebabkan saya sakit kepala. Kadang-kadang, tengok telefon pun boleh pening.

Untuk sel kan.ser itu mengecut atau tidak, saya belum dapat apa-apa maklumat daripada doktor memandangkan ini baru sesi pertama,” katanya.



Loading...


Selain itu, Elyana juga menjaga kuantiti makanannya untuk memastikan perut serta prosesnya pernafasannya lancar dan selesa.

“Mungkin kerana steroid yang diberikan doktor membuatkan saya rasa lapar. Tapi, pada masa sama, saya menjaga pengambilan makanan kerana kalau makan berlebihan pun membuatkan perut saya rasa tak selesa. Apa pun, selepas kimoterapi, saya kena tahu bagaimana kesannya kepada diri saya,” katanya.

Ramai Yang Ingin Bantu Elyana

Perit dengar cerita Elyana buat rawatan radioterapi hati dan pinggul - “Sakit... tapi saya kena kuat” - Hiburan | mStar

Selepas berita tentang harga ubat untuk merawat Elyana tersebar di media sosial, netizen mula meninggalkan komen bahawa ingin membantu.

“Bolehla buka tabung. Ramai2 pakat derma. Orang kita ni ramai pemurah. Semoga dipermudahkan urusan Elyana”

“Kosnya RM250,000 untuk 5 kali treatment.Sediakan nombor akaun, kita boleh membantu.Sekejap sahaja dapat dikumpul”

“Kita semua boleh menyumbang.. berapa juta pengguna FB kat Malaysia..kalau sorang derma RM10 pon sgt OK”


Elyana menghidap kan.ser limfo.ma tahap empat sejak 10 tahun lalu dan pertama kali mendedahkan mengenai penyakit itu di konsert Gegar Vaganza musim keempat yang disertainya pada 2017.

Sumber : HMETRO ONLINE  via Trending Kini




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post