Gara-gara didakwa terlalu kerap bermain TikTok, seorang wanita di Gununganyang, Surabaya dilapor mati dipercayai dibunuh dengan kejam oleh suami sendiri.
Mangsa berusia 46 tahun itu ditemui mati oleh anaknya sendiri dalam keadaan luka parah di kepalanya sekitar 12 tengah hari pada Jumaat baru-baru ini.
ARTIKEL MENARIK:Ibu Tunggal ‘Longlai’ Keluar Mahkamah, Dijatuhi Hukuman Mati Edar Dadah
Ketua Sisatan Jenayah Surabaya, Mirzal Maulana berkata, suspek disyaki tergamak berbuat demikian kerana didakwa cemburu dengan isterinya yang selalu bermain aplikasi tersebut.
Malah suspek juga didakwa turut cemburu dengan mangsa yang sering memuat naik pelbagai kandungan (content) ke akaun TikTok peribadinya.
Menurut Indozone, pada awalnya anak mangsa, Septia mendakwa, ibunya sempat menghubunginya untuk mengadu bahawa dia sedang diseksa.
Bagaimanapun ketika tiba di rumah, Septia mendapati pintu rumahnya terkunci dari dalam, sebelum tekad menendangnya hingga terbuka.
Terkejut bukan kepalang, Septia mendapati ibunya sudah lemah berlumuran darah akibat tercedera parah di kepala, dipercayai akibat ditetak dengan benda tumpul sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Saat itu ibu masih bernafas, lalu saya mengangkatnya sebelum dia meninggal dunia dalam pelukan saya,” katanya.
Difahamkan, pihak Jabatan Polis Surabaya kini sedang memburu suspek untuk ditahan dan disoal siasat mengenai kes pembunuhan tersebut.
Sumber : SK via KHALIFAH MEDIA NETWORKS
Post a Comment