Ibu Tunggal ‘Longlai’ Keluar Mahkamah, Dijatuhi Hukuman Mati Edar Dadah

Ibu Tunggal ‘Longlai’ Keluar Mahkamah, Dijatuhi Hukuman Mati Edar Dadah

Di TikTok, tular rakaman video memaparkan seorang wanita ‘longlai’ dan meraung saat keluar daripada pintu mahkamah.

Ibu Tunggal ‘Longlai’ Keluar Mahkamah, Dijatuhi Hukuman Mati Edar Dadah



Berdasarkan rakaman video, wanita berkenaan dikatakan menerima hukuman mati mandatori selepas didapati bersalah memiliki dan mengedar dadah tiga tahun lalu.

ARTIKEL MENARIK:Anti-vaksin tuduh KJ dajal, guna 4 jenis syaitan untuk lindung diri


@biskutpahit1111

Kesian nya. igt lah semua jika kita tidak berduit kita bukan lah sesiapa.😞 ##fypシ ##fyp

♬ Seribu Kemanisan – Siti Nurhaliza

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata daripada pengguna TikTok meluahkan rasa hiba melihat wanita yang merupakan ibu tunggal kepada sembilan anak itu dalam keadaan lemah sambil ditenangkan pegawai pengiring.

tiktok



Loading...



ibu tunggal

mati mandatori

Mereka berharap kes ini dijadikan pengajaran kepada masyarakat. Mereka percaya mesti ada sebab tersendiri mengapa ibu tunggal itu sanggup melakukan kerja sedemikian.

Terdahulu, Astro Awani melaporkan seorang ibu tunggal kepada sembilan orang anak dijatuhi hukuman mati mandatori di Mahkamah Tinggi Tawau selepas didapati bersalah memiliki dan mengedar dadah jenis syabu seberat 113.9 gram.

Hakim Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Kredit: TikTok @biskutpahit1111 via Oh! Media




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post