“Kayalah tetapi jangan simpan dalam hati, duit harta, letak atas tapak tangan,” begitulah kata-kata pend4kwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias ketika ditanya mengenai isu melibatkan golongan berharta yang suka menunjuk kemewahan sebagai sumber inspirasi di laman sosial.
Menerusi program bual bicara Sembang Viral TV9 yang dihoskan bersama Datuk Rosyam Nor baru-baru ini, pendak.wah yang dikenali sebagai Ustaz Kazim Elias telah tampil menjelaskan pandangannya mengenai perkara itu.
ARTIKEL MENARIK:Ahmad Maslan bebas dua tudvhan, ini reaksi ‘win’ Najib
“Saya tengok orang kaya yang betul-betul kaya di Malaysia, yang diiktiraf antara 10 manusia terkaya jarang sekali tunjuk kemewahan di sosial media.
“Saya nampak sekarang ni media sosial kadang tak tahu meniaga apa tapi tunjuk buka bonet penuh duit. Itu kadang nak suruh orang datang rom.pak kadang menimbulkan tidak puas hati kepada orang lain.
“Kalau kita tunjuk kemewahan untuk ajak orang kepada kejayaan okay lah. Tapi kalau untuk tunjuk kau ada? Kau ada? Kau ada? Kecil hati orang tu,” komennya lagi.
Untuk info, program Sembang Viral adalah program bual bicara baharu yang bersiaran di TV9.
Kapsul berdurasi 10 minit itu dikendalikan secara bergilir oleh Rosyam dan Ahmad Fedtri Yahya setiap hari pada jam 7.30 malam.
Sumber: xtra
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.metro.rimbabara.com/ via Terengganu TV
Post a Comment