Kaki & Tangan ‘Mangsa’ Tersepit Pada Pintu Van, Lelaki Terkejut Rumah ‘Diserbu’ Polis Untuk Bantu Laporan Penculikan

Kaki & Tangan ‘Mangsa’ Tersepit Pada Pintu Van, Lelaki Terkejut Rumah ‘Diserbu’ Polis Untuk Bantu Laporan Penculikan

Seorang lelaki berusia 49 tahun disiasat atas laporan penculikan setelah pihak polis menerima aduan terdapat sepasang kaki dan tangan tersepit pada pintu bahagian belakang van miliknya.

Kaki & Tangan ‘Mangsa’ Tersepit Pada Pintu Van, Lelaki Terkejut Rumah ‘Diserbu’ Polis Untuk Bantu Laporan Penculikan



Menurut laporan Daily Star, lelaki pemilik nama Daren Houlker itu dikatakan memandu van putih miliknya Rabu lalu sejauh dua batu menuju ke Urmston, Greater Manchester dengan keadaan sepasang kaki dan tangan ‘tergantung’ di belakang.

ARTIKEL MENARIK:‘Kapal Hantu’ dari Perang Dunia II Terangkat dari Dasar Laut Setelah Aktivitas Vulkanik




Gambar: Daily Star

Pihak polis kemudian mendatangi rumah Houlker untuk menyoal siasat lelaki itu setelah menerima laporan berkait penculikan. Houlker bagaimanapun mengaku terkejut setelah melihat kehadiran polis di depan rumah yang dilihatnya melalui aplikasi keselamatan.

“Semasa dalam perjalanan pulang, saya singgah ke rumah saudara saya dan mendengar bunyi siren.

“Saya terfikir apa yang terjadi, kemudian aplikasi Ring saya berbunyi dan saya nampak ada polis di depan rumah saya,” katanya, memetik laporan Daily Star.

Setiba di rumah, Houlker diberitahu pihak polis yang dia telah dilaporkan atas kemungkinan menculik. Houlker kemudian meminta pihak polis memeriksa bahagian belakang van putih miliknya, di mana tangan dan kaki tersebut ‘tergantung’.



Loading...


Keadaan tegang itu berganti gelak ketawa pihak polis apabila mendapati tangan dan kaki ‘mangsa penculikan’ yang dilaporkan hanya tangan dan kaki palsu yang sengaja diletakkan Houlker sebagai prank Halloween.


Gambar: Daily Star

“Kerana saya memandu dalam keadaan cuaca berangin, mungkin tangan dan kaki tu bergerak. Pemandu di belakang mesti ingat ada orang sedang minta tolong,” kata Houlker, puas hati dengan prank Halloweennya yang berhasil.

Sumber: Daily Star  via Siakap Keli




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post