Awas, Hujan Lebat & Ribut Petir Dijangka Melanda Beberapa Negeri Sehingga Malam Ini

Awas, Hujan Lebat & Ribut Petir Dijangka Melanda Beberapa Negeri Sehingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir yang dijangka melanda beberapa negeri sehingga 8 malam ini.

Awas, Hujan Lebat & Ribut Petir Dijangka Melanda Beberapa Negeri Sehingga Malam Ini



Menurut laporan semasa di laman Twitter METMalaysia, data terkini yang dikeluarkan adalah pada 4.55 petang tadi.

ARTIKEL MENARIK:[Terkini]PuIih Dari KmaIangan, K0peraI Shaharudin MninggaI Scara Mngejut Undng Sbakk.


Antara kawasan yang dijangka terjejas di Pantai Timur ialah Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan; Dungun dan Kemaman di Terengganu dan Lipis, Raub, Kuantan, Pekan serta Rompin di Pahang.

Sementara itu di Selatan Semenanjung, kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir hanyalah di Johor iaitu Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Di Sarawak pula, kawasan yang terjejas melibatkan Simunjan di Samarahan; Sri Aman; Betong; Pekan dan Julau di Sarikei; Kanowit dan Selangau di Sibu; Song dan Kapit di Kapit; Tatau dan Sebauh di Bintulu; Telang Usan dan Marudi di Miri dan Limbang.



Loading...


Manakala di Sabah, kawasan terjejas melibatkan Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan di Pedalaman; Pantai Barat; Tongod, Telupid, Beluran dan Sandakan di Sandakan serta Kudat.

Dalam masa sama, Wilayah Persekutuan Labuan juga dijangka turut terjejas dengan hujan lebat dan ribut petir tersebut.

Sumber: METMalaysia  via Siakap Keli




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post