“Jangan Tengok Siri Drama Ini”- Ustazah Asma Harun Terkejut Selepas Tonton Squid Game

“Jangan Tengok Siri Drama Ini”- Ustazah Asma Harun Terkejut Selepas Tonton Squid Game

Pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun tampil memberi teguran pada umat Islam untuk tidak menonton siri Netflix, Squid Game yang telah ditonton di seluruh dunia.

“Jangan Tengok Siri Drama Ini”- Ustazah Asma Harun Terkejut Selepas Tonton Squid Game



Akui Squid Game Dahsyat & Teruk


ARTIKEL MENARIK:Romantiknya Cara Rasululllah SAW Kepada Isteri Dan Keluarganya.. Jom Buat Dekat Isteri..



via CNN

Melalui Instagram, pendakwah bebas ini akui siri Squid Game ini sangat “dahsyat dan teruk”.

“Saya dok tengok orang viral Squid Game, Squid Game. Tahu tak, saya tengok. Bukan saya tengok bersungguh-sungguh, Saya nak tengok Squid Game ni cerita dia macam mana.

Ada yang bagi komen itu, komen ini, Tahu tak mula-mula saya tengok, saya terus kata Astaghfirullah dahsyatnya cerita ni. Teruknya cerita ni. Adakah cerita ni yang kita nak tonton, yang kita puji, yang kita kata bagus, nak tontonkan pada anak-anak.

“Tiada Belas Kasihan”-Ustazah Asma


Tambahnya lagi, siri Squid Game ini ditonton oleh ramai orang termasuklah remaja dan kanak-kanak. Beliau turut akui siri Netflix ini sangat ngeri kerana penuh dengan aksi tembak-menembak dan tiada rasa belas kasihan.

“Ramai sangat orang tengok, ramai sangat kanak-kanak, remaja tengok. Ngeri. Main bunuh, main tembak macam tu je. Orang ni ada keluarga, orang ni ada adik. Tembak, tembak, tembak. Tiada belas kasihan. Astaghfirullahalazim.

Tapi memang la ada pengajaran nak tunjuk manusia haloba hari ini, manusia sebab duit sanggup membunuh. Lepastu ada kematian, seronok pulak duit bertambah.

Lepastu ada pulak kata ‘it’s a game’ saja, tetapi game ini menggunakan manusia. Squid Game ni betul-betul orang kena tembak mati. Dengan takde belas kasihan, ngeri. Astaghfirullahalazim, rupanya program macam ni ataupun cerita macam ni bukan sekali dan ada banyak jugak.” “-Ustazah Asma



Loading...


Umat Islam Tahu Mereka Lalai, Tapi Menidakkannya


Pendakwah bebas ini turut menjelaskan bahawa umat Islam tahu bahawa mereka lalai, gagal kawal masa, tahu buat salah tetapi menidakkan dengan sedapkan hati.

“Tapi kita menidakkan dengan sedapkan hati, ‘alaa bukan selalu, yang penting jaga solat, yang penting malam baca Al-Mulk sebelum tidur’.

Tuan Puan sekalian, ibadah is ibadah, dosa is dosa, buang masa is buang masa. Kita kena akui perkara tu.”-Jelas Ustazah Asma

Apa pendapat anda?


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post