Bekas pembantu peribadi (PA) Datuk Seri Vida (DSV) , Ahmad Iqbal Zulkefli tampil menjelaskan kenyataan sebenar selepas diselar pengarah terkenal, Michael Ang yang menyifatkannya seperti ‘cakap tak serupa bikin’ selepas bercakap mengenai kereta idaman.
ARTIKEL MENARIK:Gara-Gara ‘Live’ Bersama Nur Sajat, Harith Iskander Bakal Disaman Dua Individu
Mahu Michael Ang Baca Dengan Teliti Kenyataan
Menerusi Insta Stories, Iqbal dilihat memuatnaik semula video pengarah tersebut dan meminta Michael untuk baca dengan teliti mengenai kenyataannya sebelum ini.
“@miachealang38 ayat saya, tidak suka kereta sporty. Baca betul-betul statement saya. Jika mahu dengar sedikit-sedikit, lebih baik tidak perlu bersembang terus”- tegas Iqbal
Bakal Tunjuk Kereta Bernilai RM1 Juta
Tambah Iqbal, dia turut memerli Michael dengan beranggapan boleh menunjukkan kereta miliknya bernilai RM 1 Juta yang hanya digunakan untuk pergi ke pasar.
“Jika hina sangat Honda Civic yang saya guna, saya boleh sahaja tunjuk kereta saya yang bawa pergi pasar RM1 juta saya beli tu.
Inilah punca yang buatkan saya terpaksa tunjuk segalanya”- katanya lagi
Mahu Michael Hormati Dirinya Sebagai Budak “Suara Pondan Kepit”
Iqbal menerusi hantaran susulan turut meminta pengarah terkenal tersebut untuk menghormati dirinya yang digelarkan Michael sebagai budak ‘suara pondan kepit’ .
“Dengan rasa hormat, saya hanya mahu Mr Michael Ang hormati saya juga sebagai budak ‘suara pondan kepit’ yang Mr Michael katakan. Saya ingin hormati dunia industri, menjaga limit namun siapa tahu begini perjalanan hidup saya.”-Jelas Iqbal
Terdahulu, Murai.my melaporkan bahawa hubungan percintaan di antara DSV dengan Iqbal mendapat tentangan dari anak perempuan usahawan kosmetik tersebut disebabkan jarak usia mereka yang sangat jauh.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment