KUALA LUMPUR – Pengacara popular, Maria Tunku Sabri yang dijangkiti virus Covid-19 memberitahu bacaan paras oksigen dan darahnya tinggi kini telah kembali normal.
Namun jelas wanita berusia 51 tahun itu, kuman yang terdapat di dalam saluran darahnya berada pada tahap yang membimbangkan.
ARTIKEL MENARIK:Gara-Gara ‘Live’ Bersama Nur Sajat, Harith Iskander Bakal Disaman Dua Individu
“Maafkan saya tiada berkongsi khabar berita dari saya di dalam MAEPS kerana ingin rehat dan pulihkan sakit yang kita tidak nampak.
“Kerana dalaman dan luaran badan nampak susut, apa nak buat sakitkan. Bacaan oksigen dan darah tinggi normal cumanya kuman dalam darah semakin mengganas,” kongsinya di Instagram.
Maria berkongsi keadaanya terkini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), selepas dimasukkan ke pusat itu
Pengacara terkenal rancangan Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) itu memuat naik satu video yang memaparkan beliau di pusat kuarantin tersebut buat tatapan umum.
Mengulas lanjut, Mara turut memohon maaf andai beliau pernah membuat salah kepada mana-mana pihak sebelum ini.
“Halalkan makan dan minum saya selama ini ya. Baiklah, saya nak berehat ya semua. Sejujurnya saya rasa dah letih dan penat sangat,” ujarnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis menitipkan doa agar diberikan kesembuhan seperti sedia kala selain meniupkan kata-kata semangat buatnya.
Sebelum ini, Maria terpaksa dikejarkan ke MAEPS selepas tahap kesihatannya menurun akibat jangkitan virus berkenaan. – MalaysiaGazette
Kredit -malaysiagazette
Post a Comment