Zul Ariffin Mohon Maaf Kongsi Mengenai Keagamaan Di Media Sosial,Tiada Niat Menunjuk

Zul Ariffin Mohon Maaf Kongsi Mengenai Keagamaan Di Media Sosial,Tiada Niat Menunjuk

Umum mengetahui pelakon kacak, Zul Ariffin kini dilihat sering melibatkan diri menyertai program kebajikan bersama pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Zul Ariffin Mohon Maaf Kongsi Mengenai Keagamaan Di Media Sosial,Tiada Niat Menunjuk





ARTIKEL MENARIK:Lana Nordin Selamat Sampai AS, Gur4uan Rita Rudaini Di IG Tarik Perhatian Netizen – ‘Berapa Dos Ampa Oiii?’


Mohon Maaf Lakukan Posting Keagamaan Di IG & Twitter

Walaubagaimanapun, menerusi laman Twitter, pelakon ini tampil memohon maaf kerana melakukan posting berkaitan keagaaman di media sosial dan akui tiada niat untuk menunjuk serta meraih perhatian ramai.


“Minta maaf kalau saya post kat IG atau Twitter pasal agama, langsung takde niat nak menunjuk, raih pujian, nak perhatian, cuma nak share experience je,

walaupun cedok nasi, kalau Allah SWT tak izinkan, tak sampai saya kat tempat tu. Cedok nasi pun boleh senyum 1 hari tau.”-tweet Zul



Loading...


Mencuba Sebaik Mungkin Untuk Menimba Ilmu


Zul menambah, beliau hanya cuba untuk menjadi sebaik mungkin dalam menimba ilmu dan pengalaman dan bukanlah kerana ingin berubah menjadi seperti seseorang.

“Korang jangan lak ingat saya ni tiber nak jadi itu ini lak ek, saya cuma ‘trying’ sebaik mungkin nak menimba ilmu, pengalaman..Kerisauan dan sokongan korang saya hargai, sweet korang ni.”- tambah Zul

Disokong Oleh Netizen

Tinjauan Murai di bawah ruangan komen tweet pelakon ini, rata-rata berpendapat Zul tidak perlu meminta maaf dan lebih menyukai beliau bercerita soal agama.


“Takde ape nak dimaafkan boss. Saya lagi suka boss bercerita soal agama, tak terlintas pun di fikiran boss menunjuk. Kalau boleh saya nak sangat boss share lagi soal agama. Harap sangat boss tau, kami tetap akan sokong apapun boss buat lebih-lebih lagi kongsi soal agama.”


“Kita lagi suka tengok. Sebab tak ramai artis yang sanggup turun tempat macamtu buat amal macamtu mungkinada tapi tak nampak la kan. Lagi-lagi pegi dengan ustaz ebit lew lagi kita suka tengok.”

“Alhamdulillah..good experience..good sharing..cedok nasi pun nampak sangat boss happy tau. Kami yang tengok ni bertambah-tambah happy. It’s inspiring and motivated.”- ujar mereka


Suka dengan perubahan Zul Ariffin sekarang. Sama-samalah kita sentiasa menyokong perubahan positif beliau ya!


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post