(Video) “Meremang Tengok…” Wanita Dakwa Rakam ‘Roh’ Keluar Dari Jasad Lelaki Lemas

(Video) “Meremang Tengok…” Wanita Dakwa Rakam ‘Roh’ Keluar Dari Jasad Lelaki Lemas

Seorang wanita telah mendakwa bahawa dia telah melihat ‘roh’ keluar dari jasad seorang lelaki yang ditemui lemas di dalam sungai di Filipina.

(Video) “Meremang Tengok…” Wanita Dakwa Rakam ‘Roh’ Keluar Dari Jasad Lelaki Lemas



Menurut The Sun, detik-detik kejadian yang berlaku di wilayah Davao del Norte itu telah dirakam oleh wanita tersebut pada 21 November lalu. Dakwanya, roh tersebut berjalan di atas air selepas ia keluar dari jasad.

ARTIKEL MENARIK:BergeIut ses4k n4fas 5 jam sambil bayi mer0nta dalam pervt! Wanita hamiI 7 bulan pos1tif Cov1d-19 walau 2 swab test tunjuk keputusan negatif




Gambar Via The Sun

“Ia sangat menyeramkan kerana saya tidak menyangka dapat merakamnya di telefon saya.

“Saya meremang bila tengok video itu, saya tahu ia memang hantu lelaki tersebut,” katanya.

Difahamkan, lelaki tersebut telah lemas di sungai itu ketika cuba menyelamatkan seekor anjing liar. Dia berjaya menolak naik haiwan itu tetapi nasibnya tidak baik apabila dirinya terus tenggelam dalam air.

Rakan-rakannya kemudan memanggil para penyelamat dan usaha untuk mencarinya dilancarkan.


Gambar Via The Sun


Loading...


Ketika mayatnya dijumpai, roh putih didakwa telah dilihat turut muncul keluar dari air.

Netizen yang tidak percaya melihat video itu mengatakan bahawa mungkin ia telah disunting. Namun, wanita tersebut menafikan sekeras-kerasnya dan mengatakan bahawa video yang dirakam olehnya itu sememangnya betul.


Gambar Via The Sun

“Ketika itu, saya hanya berhasrat untuk merakam detik-detik ketika orang ramai menyelamatkannya tetapi tidak menyangka pula akan melihat sesuatu yang menyeramkan,” katanya.

Dia juga mendedahkan bahawa mangsa merupakan lelaki ketiga yang lemas di sungai itu.

Sumber: The Sun via Siakap Keli




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post