Video seorang gadis berpurdah melabel orang lain yang belum berjaya menutup aurat dengan sewajarnya sebagai lemah sememangnya telah tular di media sosial beberapa hari lepas.
Perkara tersebut menjadi perbualan ramai kerana merasakan tindakan gadis berkenaan agak tidak sensitif dan seolah-olah memperkecilkan wanita-wanita lain yang sedang berusaha menutup aurat sewajarnya.
ARTIKEL MENARIK:Kes Siasatan Adib Bakal Ditutup. Ini Kenyataan PPMM Buat Ramai Setuju
Mohon maaf secara terbuka
Namun begitu, setelah teruk dihentam netizen, pengguna TikTok dikenali sebagai @ashalyabdaziz telah tampil memohon maaf diatas keterlanjurannya tempoh hari di media sosial.
Permohonan maaf saya secara terbuka kepada semua atas kesilapan saya membuat content yang menyinggung perasaan banyak pihak tempoh hari
“Permohonan maaf saya secara terbuka kepada semua atas kesilapan saya membuat content yang menyinggung perasaan banyak pihak tempoh hari ,” tulisnya ringkas.
Terima kasih yang tegur, maafkan semua yang kecam
Dalam pada itu, dia juga sempat berterima kasih kepada semua yang menegurnya baik secara terbuka atau secara tertutup sehingga dia sedar bahawa tindakannya agak keterlaluan.
Gadis berkenaan turut memaklumkan yang dia memaafkan semua yang telah mengecamnya dan ahli keluarga yang tiada kaitan dengan video tersebut.
Berkali-kali mohon maaf
Dia sedar apa yang dilakukan telah menyinggung perasaan banya pihak dan telahpun menurunkan video tersebut dari tatapan umum.
Menyedari akan dipandang hina, gadis berkenaan berkali-kali memohon maaf menerusi video tersebut yang turut dimuat naik ke akaun Instagramnya.
Terdahulu, video @ashalyabdaziz mengatakan mereka yang belum menutup aurat sebagai lemah benar-benar membuatkan ramai yang ‘bitter’ . Pelbagai tohmahan telah diberikan kepadanya lebih-lebih lagi dengan penampilan gadis berkenaan yang berpurdah dan bertudung labuh.
Sumber: Instagram ashlyabdaziz, TikTok @ashalyabdaziz via ROSE MERAH
Post a Comment