Kes Siasatan Adib Bakal Ditutup. Ini Kenyataan PPMM Buat Ramai Setuju

Kes Siasatan Adib Bakal Ditutup. Ini Kenyataan PPMM Buat Ramai Setuju

Berikutan tular kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkenaan kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang bakal ditutup sementara,

Kes Siasatan Adib Bakal Ditutup. Ini Kenyataan PPMM Buat Ramai Setuju



Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) tampil menzahirkan rasa terkejut dengan kenyataan tersebut, baru-baru ini.

ARTIKEL MENARIK:Polis Nafi Dakwaan Dua Pelajar Meninggal Dunia Kerana Vaksin Covid-19


Jelas mereka dalam satu kenyataan, persatuan tersebut sebulat suara mendesak agar siasatan kes pembunuhan arwah Muhammad Adib tidak ditutup walaupun sementara dan usaha perlu dilipatganda bagi mencari keadilan.

Presiden PPMM Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, kenyataan menutup sementara kes seharusnya tidak dikeluarkan oleh seorang menteri, apatah lagi yang tidak berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang jenayah.

Jelasnya, Peguam Negara atau Ketua Polis Negara seharusnya perlu mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan pendakwaan dan siasatan jenayah justeru, bagaimana pihak berkuasa kan peroleh bukti baharu jika siasatan ditutup dalam satu kenyataan menerusi Awani.



Loading...


PPMM juga dilaporkan sedang mendesak Peguam Negara dan Ketua Polis Negara bagi menzahirkan kedudukan terperinci mengenai siasatan tersebut dan tidak hanya berdiam diri.

Sebelumnya, satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Zuraidah bahawa kes kematian Muhammad Adib ditutup sementara dan akan dibuka semula jika terdapat bukti baharu.

Kerajaan kini dilaporkan sedang  memberi fokus terhadap keperluan keluarga Allahyarham Muhammad Adib.

Sumber: Astro Awani via KHALIFAH MEDIA NETWORKS




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post