Rindu nak ke Korea untuk street food ke? Gatal dah kaki nak melancong ke Korea tapi Covid pula. Alang-alang terperap di rumah tu apa kata cuba resepi Korean Egg Bread atau dalam Korea di panggil sebagai (Gyeran-ppang).
Caranya sangat mudah dan pantas apatah lagi bila kita guna air fryer je memang sekelip mata jelah masak. Bila dah ada banyak masa di rumah, inilah masanya kita mencuba pelbagai resepi menggunakan peralatan dapur yang sedia ada di rumah. Kalau menjadi resepi ni, bolehlah cuba jual dengan orang terdekat! Dapatlah side income sikit betul tak? Jom kita cuba!
ARTIKEL MENARIK:Cara Mudah Buat Baulu, Blend & Bakar Dalam Air Fryer. Hasilnya Tetap Gebu Gebas
KOREAN EGG BREAD
BAHAN-BAHAN:
80g susu segar
40g gula kastor
1 sudu kecil garam halus
1 biji telur
20g mentega yang telah dicairkan
1 sudu kecil esen vanilla
90g tepung naik sendiri (blue key)
1 sudu kecil baking powder
Mozarella & cheddar cheese
Parsley leave
CARA MEMASAK:
1. Masukkan susu segar, gula, garam, telur, butter dan esen vanilla. Kacau sebati. (Adunan A)
2. Masukkan tepung dan baking powder yang sudah diayak. Kacau sebati. (Adunan B)
3. Campurkan adunan A & B. Gaul hingga sebati (Adunan C)
4. Sapu acuan dengan butter, masukkan adunan C dlm acuan. Taburkan cheese mozarella dan cheddar, letak banyak lg sedap
Letakkan kembali sedikit adunan tadi di atasnya. Dan ratakan.
5. Pecah 1 biji telur di atasnya. 1 biji setiap satu acuan. Pecahkan telur kuning menggunakan garfu.
7. Akhir sekali letakkan sedikit parsley leaves
7. Bakar dalam Air fryer pada suhu 160C selama 20 minit.
8. Siap boleh la makan
SELAMAT MENCUBA!
Kredit foto & resepi: Raden Eryanie via Rasa
Post a Comment