Kuih tradisi baulu kegemaran ramai tapi ramai yang pilih untuk beli saja kerana fikir remeh untuk dibuat sendiri.
Tapi sebenarnya dengan gajet moden yang sedia ada sekarang, nak buat baulu ini punyalah senang. Cuma blend bahan dalam food processor dan bakar dalam air fryer. Siap! Hasilnya tetap gebu gebas. Cara mudah ini dikongsi oleh Safrah Md Jiwa
ARTIKEL MENARIK:Buat Sendiri Kuih Peria Sedap & Lembut. Begini Cara-Caranya
Cara mudah buat baulu gebu gebas
Saya share cara buat baulu gebu gebas yang syok bila dimakan panas-panas. Lembut saja. Kalau dulu rasa susah sangat nak buat baulu tapi dengan gajet moden, alahai semua hujung jari saja. Caranya cuma pukul telur food processor, bakar dalam airfryer mudahkan
Bahan-bahan:
5 biji telur
1 cawan gula pasir
1/2 sudu besar ovelette
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan tepung gandum
Loading...
Cara membuat:
- Kisar semua bahan kecuali tepung dalam food processor hingga kembang.
2. Dah kembang tambah 1 cawan tepung gandum.
3. Bakar dalam air fryer 170 selama 6 minit. Siap!
Senangkan. Selamat mencuba.
Sumber: Safrah Md Jiwa via Vanilla Kismis
Post a Comment