Resepi Kek Karamel Pelangi Gebus

Resepi Kek Karamel Pelangi Gebus

Tak pernah jemu, febret 4ever, nikmatnya makan sejuk-sejuk.

Resepi Kek Karamel Pelangi Gebus





ARTIKEL MENARIK:Resipi Air Fryer: Korean Egg Bread Street Food Korea Yang Gebu & Enak


Bahan-Bahan Karamel:

  • 2 sudu besar gula pasir

Bahan-Bahan Puding:

  • 3 biji kuning telur A
  • 2 biji telur A(kuning + putih)
  • 1 tin (390gm) susu cair/krimer sejat
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan-Bahan Meringue:

  • 6 biji putih telur
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 sudu teh cream of tartar

Bahan-Bahan Kek:

  • 3 biji kuning telur A
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 1/2 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu besar serbuk penaik* (bahan-bahan bertanda * di ayak bersama)
  • Pewarna merah, kuning, hijau, biru, unggu

Cara Membuatnya:

1. Karamel; Cairkan gula dalam loyang saiz 9″ atas api sederhana hingga perang muda. Jangan dikacau, lenggang-lenggangkan je loyang hingga karamel rata. Sejukkan dahulu.

2. Puding; Satukan semua bahan-bahan dan kacau dengan whisk. Jangan sampai berbuih untuk elakkan puding banyak lubang atau rongga udara selepas dibakar. Ketepikan dahulu.



Loading...


3. Meringue; Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian, masukkan cream of tartar dan gula sedikit demi sedikit sambil pukul dengan high speed hingga kental dan bertanduk.

4. Kek; Satukan telur, gula, air, minyak dan esen vanila. Pukul sehingga berbuih, masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama. Pukul lagi hingga sebati.

5. Kemudian, masukkan 2 senduk meringue ke dalam adunan kek. Kaup balikkan dari bawah ke atas. Bila dah rata, masukkan 2 senduk meringue lagi. Kaup balik dan sebatikan. Masukkan semua baki meringue dan kaup balik lagi higga sebati.

6. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian dan campur pewarna. Masa ni dah boleh panaskan oven dulu pada suhu 170°c selama 10 minit. Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi crack, tu adalah bunyi karamel/gula hangus retak. Ia biasa berlaku.

7. Tuang 4 sudu besar adunan kek di tengah-tengah puding. Jangan risau, adunan tak akan bercampur dengan adunan puding disebabkan putih telur atau meringue yang banyak dalam adunan kek, ia jadi ringan dan timbul dipermukaan puding.

8. Selang selikan adunan dengan warna berlainan sebanyak 4 sudu besar. Untuk lapisan pertama dari merah, kuning, hijau, biru dan unggu. Lapisan kedua 3 sudu, lapisan ke empat 2 sudu dan akhir sekali 1 sudu.

9. Letak loyang kek di dalam loyang yang lebih besar dan isi air panas hingga 1/4 dari loyang. Bakar kek dengan cara water bath pada suhu 160°c selama 1 jam 10 minit, bergantung pada oven masing-masing.

10. Biar kek sejuk selama 20 minit hingga tepi kek lekang atau renggang dari loyang. Sisipkan tepi kek dengan pisau dan terbalikkan perlahan-lahan di atas pinggan. Simpan dalam peti ais, sedap dimakan sejuk-sejuk.

Resepi Kek Karamel Pelangi Gebus

Resepi Oleh: Nor Al Fatihah




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post