Kulim: Patah kaki akibat kemalangan jalan raya, namun meninggal dunia kerana Covid-19 selepas empat hari menerima rawatan di Hospital Kulim, di sini.
Itu yang berlaku terhadap seorang lelaki berusia 49 tahun apabila dia hanya diketahui dijangkiti Covid-19 selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta jam 7.30 pagi di Jalan Naga Lilit, Padang Serai, dekat sini, Isnin lalu.
ARTIKEL MENARIK:Membazir! YB Khairy Jamaluddin Luah Rasa Kecewa Dengan Amerika Syarikat
Jangkitan itu disedari sejurus dia tiba di wad kecemasan sebelum saringan mendapati pekerja kilang terbabit positif Covid-19.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, dalam kemalangan sebelum itu, sebuah Perodua Kancil dipandu wanita berusia 25 tahun hilang kawalan lalu terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.
"Siasatan mendapati pemandu kereta terbabit dikatakan cuba mengelak kenderaan lain di hadapannya sebelum dia hilang kawalan dan melanggar motosikal ditunggang mangsa.
"Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mereka mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sazalee berkata, pemandu kereta mengalami cedera ringan dan sakit di kepala manakala penunggang motosikal pula patah kaki kanan.
"Bagaimanapun, sebaik tiba di hospital petugas yang melakukan saringan mendapati penunggang motosikal terbabit positif Covid-19.
"Berikutan itu, penunggang motosikal terbabit terus dimasukkan ke wad pesakit Covid untuk rawatan lanjut," katanya.
Menurutnya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia jam 10.30 malam tadi disebabkan Covid-19.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kredit -hmetro
Post a Comment