” Insya-Allah, sabar. Tunggu beberapa minggu lagi saya percaya 90 peratus dapat dicapai dan kelonggaran diberi untuk rentas negeri,”
Itu kata-kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membayangkan kebenaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan ‘dalam beberapa minggu lagi’.
ARTIKEL MENARIK:‘SeIamat JaIan Alip..’ Si Kacak Dijmput IIahi Trseplt Dalam Iori 0tw Mncari Rzeki.
Ismail Sabri yang menyifatkan pengumuman mengenai kebenaran rentas negeri itu sebagai sesuatu yang paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia.
Beliau berkata, ini kerana sehingga Rabu lalu, sebanyak 81 peratus populasi dewasa dalam negara sudah melengkapkan suntikan vksin COVlD-I9 dan dalam tempoh beberapa minggu saja lagi, ia boleh mencapai kadar 90 peratus untuk mendapatkan kelonggaran rentas negeri itu.
” Kalau Rabu lalu sudah capai 81 peratus, maknanya sudah tidak lama lagi nak (boleh) rentas negeri. Jadi bolehlah balik ke kampung berjumpa ibu bapa.
” Saya difahamkan ada yang sudah setahun tidak berpeluang berjumpa ibu bapa,” katanya ketika berucap melancarkan Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia yang dikenali sebagai Rumah Ikram Keluarga Malaysia di sini hari ini.
Rabu lalu, Perdana Menteri dilaporkan berkata Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikannya memutuskan rakyat dibenarkan merentas negeri apabila negara mencapai 90 peratus kadar vksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM).
Rentas negeri 3 minggu lagi
Sementara itu menerusi laporan HarianMetro, kerajaan menjangkakan kebenaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan tiga minggu lagi.
Ia selepas beberapa langkah menyegerakan vaks1nasi populasi dewasa diambil dalam masa terdekat.
Sehubungan itu, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan orang ramai menerima vksin lengkap dalam masa terdekat sekali gus mencapai sasaran 90 peratus dalam tempoh itu.
Kata beliau, antara tindakan segera yang akan dilaksanakan ATM ialah mengatur gerak lebih banyak ‘Combat Medic Vaccination Team’ (CMVT) untuk membantu KKM memv4ksin masyarakat di kawasan pedalaman.
Beliau berkata, ATM juga diarahkan memperluaskan program vaks1nasi pandu lalu yang dilaksanakan Kementerian Pertahanan (Mindef) bagi warga ATM kepada orang awam, bagi menyegerakan sasaran.
” Insya-Allah, kebenaran rentas negeri yang ditunggu-tunggu ramai akan diumumkan dalam masa terdekat.
” Apa perancangan yang kita lakukan bersama KKM itu kita harap dapat dijayakan dalam tiga minggu ini.
” Jadi sebelum ia (rentas negeri diumumkan), banyak perkara yang perlu difikirkan dari segi prosedur operasi standard (SOP) serta tanggungjawab agensi dalam melaksanakan pemantauan.
” SOP rentas negeri kita akan umumkan sebelum pengumuman kebenaran rentas negeri dibuat dan ia akan diperincikan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, minggu depan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau Pusat Pemberian Vksin (PPV) pandu lalu di Batalion ke-6 Rejimen Renjer Diraja (6RRD), Kem Ulu Tiram di sini, hari ini.
Semalam, Perdana Menteri dilaporkan membayangkan kebenaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan ‘dalam beberapa minggu lagi’.
Ismail Sabri dilaporkan berkata, ini kerana, sehingga Rabu lalu, 81 peratus populasi dewasa dalam negara telah melengkapkan suntikan vksin COVlD-I9 dan dalam beberapa minggu sahaja lagi, ia boleh mencapai kadar 90 peratus untuk mendapatkan kelonggaran rentas negeri.
Sementara itu, Hishammuddin berkata, disiplin orang ramai akan menjadi elemen paling penting apabila kebenaran rentas negeri diberikan.
” Adalah mustahil untuk kerajaan pantau dan laksanakan SOP menjaga setiap rakyat yang diberi kebenaran merentas negeri.
” Sebab itu disiplin orang ramai amat penting apabila menikmati kelonggaran yang bakal diumumkan.
” Kita harap mereka patuh kepada SOP yang ditentukan nanti,” katanya.
Sumber:bharian dan hmetr0
Kredit -Trending Kini
Post a Comment