Duit Bantuan Prihatin Rakyat Akan Masuk Dalam Akaun Bank. PM Ismail Sabri Beritahu Bila Tarikhnya

Duit Bantuan Prihatin Rakyat Akan Masuk Dalam Akaun Bank. PM Ismail Sabri Beritahu Bila Tarikhnya

Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa Tiga dan rayuan BPR akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 28 September secara berperingkat melibatkan peruntukan berjumlah RM2.82 bilion.

Duit Bantuan Prihatin Rakyat Akan Masuk Dalam Akaun Bank. PM Ismail Sabri Beritahu Bila Tarikhnya



Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran itu akan memanfaatkan seramai 3.6 juta penerima sedia ada kategori isi rumah dan pemohon rayuan BPR yang telah diluluskan.

ARTIKEL MENARIK:KJ Umum Kumpulan pertama terima dos ke-3 vaksin Covid-19 Pada Tarikh Ini


Menurutnya, bagi fasa tiga, setiap penerima bakal memperoleh sehingga RM1,400, manakala penerima bayaran rayuan BPR akan menerima sehingga RM2,300.

“Ini termasuk bayaran BPR tambahan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bernilai sehingga RM500 bagi setiap penerima, mengikut kategori kelayakan masing-masing iaitu berdasarkan status perkahwinan, jumlah pendapatan isi rumah dan bilangan anak,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Komen Netizen:

“Alhamdulillah syukur,, rayuan bpr, dpt RM1700…. baru cek tadi… Yg bantuan BKC pun dapat rm500… Alhamdulillah”

“Alhamdulillah.. walaupun sy bukan salah sorg penerima, tapi gembira dgr berita ni utk yg lain. harapnya lps ni, kita kurangkan kecaman kerajaan tak bantu la, kerajaan tak prihatin, rakyat dibiarkan tak makan dll. kita cuba hargai apa yg kerajaan dah cuba bantu stkt ini”

“Alhamdulillah.. Amat2 berguna utk perbelanjaan.. Terutama menghadapi persekolahan anak2”



Loading...




Sumber : Sinar Harian via Trending Kini




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post