Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila ada pihak yang mendakwa Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Idris Ahmad memakai jam tangan mewah jenama Rolex apabila gambarnya sedang berdoa di dalam pejabat tersebar.
Tampil menjawab dakwaan itu, Idris Ahmad menyatakan bahawa jam itu bukanlah jenama Rolex seperti yang didakwa tetapi jam jenama Buruj yang disertakan waktu solat dan arah kiblat.
ARTIKEL MENARIK:Polis Buru Pemandu Myvi Yang Memandu Lawan Arus. Ada VIDEO
Tambah Idris Ahmad lagi, beliau mudah untuk solat dimana-mana sahaja dengan mudah kerana senang untuk menentukan arah kiblat termasuk solat di dalam pejabatnya.
Loading...
Untuk pengetahuan, jam Buruj ni lama dah saya pakai, senang nak tahu waktu solat & arah kiblat. Boleh solat kat mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat. pic.twitter.com/DTgAOAG0yn
— Ustaz Idris Ahmad (@ustaz_idris) September 5, 2021
Sumber : Ustaz Idris Ahmad via KHALIFAH MEDIA NETWORKS
Post a Comment