Belum masanya vaksinasi golongan 17 tahun ke bawah

Belum masanya vaksinasi golongan 17 tahun ke bawah

Kuala Lumpur: Pakar kesihatan awam berpendapat belum ada keperluan mendesak untuk memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada golongan berusia 17 tahun ke bawah.

Belum masanya vaksinasi golongan 17 tahun ke bawah



Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan am, Dr Hanafiah Bashirun, berkata pakar kanak-kanak perlu memberikan input keselamatan mengenai pemberian vaksin kepada golongan berkenaan.

ARTIKEL MENARIK:WHO Pantau Varian Baru COVID-19, Dikenali Sebagai Varian ‘Mu’


Beliau berkata, perlu ada kajian sama ada selamat atau pun tidak pemberian vaksin kepada golongan yang sedang dalam peringkat umur tumbesaran itu.

"Maksudnya ke arah peringkat matang, hormon sedang berkembang, tumbesaran sel otak, tulang dan sebagainya sedang berlaku.

"Jadi persoalan perlu dijawab adakah pemberian vaksin pada ketika usia yang berkenaan akan mengganggu atau membantutkan atau lebih cenderung mengeluarkan lebih banyak hormon dan sebagainya.

"Adakah mengganggu atau pun mungkin mempercepatkan proses tumbesaran hingga menjadikan ia satu situasi yang tidak normal. Perkara sebegini perlu dipertimbangkan dahulu," katanya.



Loading...


Beliau mengulas data dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang disiarkan dalam portal MyMetro hari ini mengenai sejumlah 322,694 individu dijangkiti Covid-19 sejak pandemik bermula Mac tahun lalu hingga 30 Ogos 2021 adalah lingkungan usia kosong hingga 17 tahun.

Tahun lalu, terdapat 12,620 jangkitan membabitkan usia itu, manakala 310,074 jangkitan dilaporkan dalam kalangan golongan itu pada tahun ini.

Menurut data dikeluarkan, sebanyak 41 kematian direkodkan sejak Januari hingga 30 Ogos lalu, berbanding hanya enam kematian pada 2020.

Mengulas lanjut, Dr Hanafiah berkata jika dilihat daripada statistik atau data yang diberikan oleh KKM, jumlah kematian akibat Covid-19 yang membabitkan 17 tahun ke bawah adalah sangat rendah jika nak dibandingkan dengan dewasa.

"Kita juga tak nampak (dalam data KKM) mengenai punca atau latar belakang pesakit yang meninggal dunia itu sama ada mempunyai sejarah penyakit komobid atau tidak.

"Mungkin pesakit kanser, asma kronik atau pun kelahiran tidak sempurna serta pelbagai lagi. Jika data itu dapat diberikan mungkin boleh dibuat ulasan yang lebih baik," katanya.


Kredit -hmetro



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post