JAWI Sahkan Masjid Kini Dijadikan Tempat Pelindungan Mangsa Penderaan, Bagaimana Dengan Bukan Muslim?

JAWI Sahkan Masjid Kini Dijadikan Tempat Pelindungan Mangsa Penderaan, Bagaimana Dengan Bukan Muslim?

Mungkin ramai tidak sedar, terdapat peningkatan kes keganasan rumah tangga yang begitu membimbangkan ketika pandemik ini. Ia dilaporkan disebabkan oleh keadaan ekonomi yang membawa masalah kewangan.

JAWI Sahkan Masjid Kini Dijadikan Tempat Pelindungan Mangsa Penderaan, Bagaimana Dengan Bukan Muslim?



Memandangkan meningkatnya insiden keganasan rumah tangga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah memulakan inisiatif untuk menjadikan masjid sebagai pusat transit bagi mangsa keganasan rumah tangga.

ARTIKEL MENARIK:Ustazah Asma Ulas Isu Panggung Wayang Dibuka Semula, Netizen Kaitkan Dengan Masjid


Kerjasama dengan Jabatan Pembangunan Wanita (di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) untuk melaksanakan inisiatif tersebut dimulai pada bulan Mei tahun ini.

Bukan Islam Tidak Terkecuali


Foto: Wikipedia


Loading...


Ini semua adalah sebahagian daripada rancangan lima tahun JAWI untuk menjadikan masjid lebih relevan dalam komuniti denga nmenyediakan tempat perlindungan yang selamat untuk lelaki dan wanita dan bahkan untuk orang bukan Islam.

BERNAMA melaporkan bahawa mangsa penderaan fizikal atau mental akan diberi penginapan, pakaian, dan makanan sekurang-kurangnya tiga hari.

Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, untuk memulakan program ini, dua masjid akan menawarkan kemudahan ini dengan segera, iaitu Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur dan Masjid Al-Ghufran di Taman Pinggir Tun Dr Ismail, sementara 12 masjid lagi akan ditambah tidak lama lagi .

Katanya lagi, mangsa akan diberi bimbingan rohani oleh pegawai masjid dan kaunseling oleh JKM untuk membantu mereka membuat keputusan yang rasional dan mempertimbangkan tindakan selanjutnya.

Dipetik dari laporan BERNAMA, pada tahun 2020, polis mencatatkan 5,260 kes penderaan dalam rumahtangga berbanding 3, 263 pada tahun 2019. Enam bulan pertama tahun 2021 menyaksikan 3,970 kes keganasan rumah tangga yang mengejutkan dilaporkan.


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post