[VIDEO] “Nama kakak Sarah” Shuib Kongsi Cerita Anak Kecil Mimpi Berjumpa Siti Sarah

[VIDEO] “Nama kakak Sarah” Shuib Kongsi Cerita Anak Kecil Mimpi Berjumpa Siti Sarah

Sejak beberapa hari pemergian Allahyaham Siti Sarah, pelbagai berita dan kisah tentang kebaikan allahyarham yang diceritakan di media massa.

[VIDEO] “Nama kakak Sarah” Shuib Kongsi Cerita Anak Kecil Mimpi Berjumpa Siti Sarah



Terbaharu, tular di TikTok apabila sebuah rakaman video memaparkan pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu menceritakan kisah yang diterima daripada seorang individu menerusi pesanan suara.

ARTIKEL MENARIK:“Niat Nak Bantu Orang Di Luar Sana” – Shuib Terkejut Ribuan Produk Arwah Siti Sarah Terjual





Individu tersebut memaklumkan bahawa anaknya telah bermimpi bertemu seorang wanita yang bernama Sarah di suatu tempat yang sangat indah.

Di dalam video tersebut Shuib menceritakan lagi , individu tersebut berkata dia dikejutkan oleh anak kecil itu lebih kurang jam 4 pagi.

Anaknya itu memberitahu dia bermimpi tiba di sebuah tempat yang sangat cantik.

Di dalam mimpinya itu, dia ternampak seorang perempuan duduk di atas kerusi. Kelihatannya seperti perempuan itu baru sahaja tiba di tempat itu kerana keadaannya yang terpinga-pinga melihat sekeliling.

Tidak lama kemudian, anaknya melihat perempuan itu diserbu ramai kanak-kanak. Wajah kanak-kanak itu kelihatan seperti anak-anak Palestin.

Justeru, anak kecil itu ada bertanyakan nama perempuan itu dan dia menjawab namanya adalah ‘Sarah’. Mereka kemudiannya berjalan melihat keindahan tempat tersebut dengan menaiki lembu.

Menurut wanita itu di dalam nota suara itu, anaknya berkata keadaan di situ sangat seronok dan mereka juga beramai-ramai meminum susu lembu tersebut.

Sesudah anaknya terjaga dari tidur, dia segera dikejutkan oleh anaknya lalu anak kecil itu bertanya sama ada ibunya mengenali siapakah ‘Sarah’ yang hadir dalam mimpinya.



Loading...

Katanya, dia kemudiannya menunjukkan foto Siti Sarah melalui hasil carian di Youtube dek kerana mimpi itu terjadi tatkala orang ramai masih bercakap mengenai arwah Siti Sarah.

Selepas ditunjukkan kepada anaknya, dia terus mengakui itulah perempuan yang ditemukannya di dalam mimpi tanpa ragu-ragu.

Menurut Shuib, dia sendiri tidak pasti sama ada kisah mimpi itu benar ataupun tidak. Dia hanya mampu berserah kepada Allah kerana dia sudahpun redha dengan pemergian isteri tercinta.

Namun, Shuib juga memberitahu dia masih menyimpan pesanan suara yang dihantar individu itu kepadanya dan berharap orang ramai mendoakan keseahteraan isterinya di syurga.

Video tular di Tiktok

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen amat tersentuh dengan cerita Shuib tersebut.

Malah ada juga yang berkongsikan mimpi berjumpa dengan arwah.

“Malam arwah mnggal, ade mmpi jumpa arwah.. Pakaian full putih & bercahaya.. Tmpat tu cntik sgt.. Tp xigt jln mmpinya mcm mana.”

“Saya pun baru smlm mimpi berjumpa dgn arwah siti sarah.. arwah pakai baju yang cantik dan arwah dikelilingi oleh banyak kanak²”

“Mulianya tempat awak siti sarah … cemburu sgt dgn pemergian Allah. tabahlah anak2 arwah.ibumu mnunggu di Pintu Syurga.”

“Korban baru ni kan Sarah ada buat Korban kat Palestine.. 13k seekor lembu tak silap. Allahu… Jika benar mimpi ini. Benarlah Sarah. Allah..”


Kredit -YOY Network.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post