Jangan ulang dosa silam orang yang dah pergi – Fynn Jamal

Jangan ulang dosa silam orang yang dah pergi – Fynn Jamal

PETALING JAYA – Selebriti media sosial, Fynn Jamal menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu meromantiskan kematian seseorang.

Jangan ulang dosa silam orang yang dah pergi – Fynn Jamal



Fynn atau nama sebenarnya, Nur Affina Yanti Jamalludin memaklumkan, kalau benar kita sayangkan seseorang yang sudah menghadap Ilahi, tidak perlu diulang dosa silamnya.

ARTIKEL MENARIK:[VIDEO] “Nama kakak Sarah” Shuib Kongsi Cerita Anak Kecil Mimpi Berjumpa Siti Sarah


“Kalau sungguh kita sayangkan orang baik yang dah ‘pergi’, kenapa masih diulang-ulang dosa-dosa silamnya? Pakaian yang tak syarie, bulu mata palsu yang jelas haramnya dan latar lagu-lagu muzik yang hakikatnya jelas hukumnya.

“Tidakkah kita cukup sayang orang-orang baik yang telah pergi? Kenapa dicacatkan penghujung keindahan pengakhirannya,” kata Fynn, 39.

Ujar ibu kepada dua cahaya mata itu, tidak salah mengenang kematian seseorang namun nasihatnya, tidak usah berlebih-lebihan dalam melakukan perkara sedemikian.

“Berpada. Puji tak salah dan mengingat tak salah. Tapi berpada. Ingat sentiasa, syaitan sentiasa ada di luar garis berpada-pada itu.

“Jangan kita lupa, berhala pertama atas dunia ini terjadi apabila mengagungi orang-orang soleh secara berlebih-lebihan. Dibinakan tugu, dipuji puja, dibuat ‘tribute’ segala.


TANGKAP layar antara teguran Fynn Jamal yang diluahkan bersama peminatnya dalam Instagram.


Loading...


“Kalau sungguh kita kasihkan orang baik yang dah pergi, kita takkan rosakkan keindahan yang Allah SWT dah beri kepadanya,” kata Fynn dalam sesi Q&A dalam menerusi Instagram Storynya.

Menjawab persoalan sama ada dia akan berasa gembira apabila suatu hari nanti tidak lagi berada di dunia namun orang masih menunjukkan apresiasi terhadap karya seninya, pelantun lagu Arjuna Beta itu berkata:

“Kita perlu berhenti meromantiskan dunia dan berhenti hidup dalam penafian.

“Kita ada barzakh untuk difikirkan. Langkah terakhir di liang lahad, datang terus permulaan dunia abadi. Sekecil-kecil dosa tak basuh kemaluan lepas kencing pun kena ‘balun’.”

Tidak lagi aktif dalam dunia nyanyian, sejak 2012, Fynn yang mula berhijab sejak 2016 dan terus istiqamah dengan berniqab sehingga kini bagaimanapun tidak merujuk teguran dan jawapan-jawapan pertanyaan peminat tersebut kepada mana-mana pihak. – K! ONLINE


Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post