Tayar Kereta Terpakai Dibuatkan Kerusi. Wanita Ni DIY Sendiri Je, Cukup Mudah & Hasilnya Nampak Wow!

Tayar Kereta Terpakai Dibuatkan Kerusi. Wanita Ni DIY Sendiri Je, Cukup Mudah & Hasilnya Nampak Wow!

Paling biasa kita lihat tayar kereta lama akan digunakan untuk membuat pasu tanaman. Namun bila kreatif, macam-macam benda boleh dihasilkan.

Tayar Kereta Terpakai Dibuatkan Kerusi. Wanita Ni DIY Sendiri Je, Cukup Mudah & Hasilnya Nampak Wow!



Contohnya daripada tayar juga kita boleh hasilkan menjadi kerusi atau juga dipanggil sebagai ottoman yang nampak bergaya diletakkan di kediaman kita.

ARTIKEL MENARIK:Guna 3 Barang Saja, Balkoni Kosong Terus Jadi Tempat Nyaman Tenangkan Fikiran Sambil Minum Kopi


Apatah lagi dengan ruang kediaman yang terhad, pilihan ottoman merupakan sangat ideal untuk ruang tamu atau ruang menonton tv. Menariknya juga, ottoman atau kerusi ini boleh digunakan pelbagai fungsi selain untuk duduk, juga sebagai meja kopi atau tempat merehatkan kaki.

Jadi untuk itu, apa kata anda lakukan DIY untuk menghasilkan ottoman dengan menggunakan tayar lama sepertimana yang dikongsikan oleh Puan Julina Mazura Nordin.


Alatan yang diperlukan : 

1 tayar lama
4 kaki kerusi -boleh beli di sini
25 tali jut (3 meter setiap satu) -boleh beli di sini
Papan playwood- boleh beli di sini
Glue Gun – boleh beli di sini 


 

Langkah 1 : Potong papan playwood mengikut ukuran lubang tayar untuk menutup bahagian tersebut untuk dijadikan sebagai bahagian atas dan bawah kerusi. Kemudian lekat dengan gam. Setelah itu, skrew salah satu bahagian dengan 4 kaki kerusi. Lakukan dengan cermat agar setabil.



 

Langkah 2 : Kemudian ambil tali jut dan bentukkan secara melingkar bermula dari bahagian tengah papan playwood. Gamkan kemas.




Loading...


Langkah 3 : Teruskan langkah tadi hingga menutupi keseluruhan tayar. Lakukan hingga selesai dan pastikan digam kemas.


Seterusnya, siaplah kerusi yang dihasilkan daripada tayar terpakai dan bolehlah digunakan dengan selesa.


Sumber : Julina Mazura Nordin  via KELUARGA




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post