IMPIAN pelawak Man Raja Lawak untuk memiliki berat badan idaman tercapai selepas dia melalui rutin harian ketat sejak beberapa bulan lalu. Wah patutlah makin kurus dan tampan sekarang ni ya!
ARTIKEL MENARIK:Sajat Berdepan Tindakan Bankrap, Ini 6 Fakta Penting Dari Firma Guaman
“Berat saya dari 94 kilogram, sekarang ni dah 74 kilogram… saya minum produk kesihatan dan berjalan kaki di sekitar rumah selama 30 minit setiap hari. “Dulu perut saya boroi… ukuran pinggang dalam 38 inci tapi sekarang dah turun 31 inci sahaja.
“Bila dah gunting rambut pendek ni orang kata macam Remy Ishak dan Syamel pula. Tak kisahlah disamakan dengan sesiapa asalkan benda baik. Gigi pun makin cantik!,” katanya kepada mStar.
Man Raja Lawak stop beri bantuan, wang simpanan susut, tiada job. Man Raja Lawak sebelum pernah membantu orang dalam kesusahan apabila adanya musim perintah kawalan pergerakkan.
Namun dalam perkembangan terkini, oleh kerana wang simpanan dah semakin susut, Man Raja Lawak tak mampu lagi nak beri bantuan.
Malah dek kerana musim PKP, Man juga dah tak banyak terima job sekaligus tak dapat nak bantu orang lain. Pelawak berumur 44 tahun ini berkata, kini dia juga kena siap sedia untuk dirinya dan keluarganya terlebih dulu.
“Sekarang ni saya hentikan untuk beri bantuan, saya pun kena siap sedia sebab dengarnya PKP akan diteruskan. Sekarang tak ada program dan saya sendiri bergantung dengan simpanan. Saya pun dah lama takda job, namun begitu saya usaha selagi saya mampu.”
“Nasib baik saya ni boleh kata pandai simpan duit, tak berjoli dan tak habiskan duit dengan benda tak faedah. Jadi ada simpanan, saya selalu beringat sebelum jatuh.”
“PKP tahun lalu saya dapat bantu orang sebab kebetulan saya menang Maharaja Lawak Mega jadi saya pun guna duit kemenangan tu untuk tolong orang yang memerlukan.” Jelas Man, memang ramai yang masih Dm atau mesej dirinya untuk meminta bantuan.
“Sampai sekarang memang ada yang mesj kat Instagram, minta bantuan. Saya mohon maaf, bantuan dah ditutup. Tapi ada juga yang mendesak dan memaksa.” “Ada yang minta bayarkan sewa rumah, ada yang minta RM50 sampailah RM10, dari pagi sampai malam, ramai yang mesej.”
“Buat masa ini, saya kena dulukan family, jiran, adik-beradik. Selagi duit simpanan saya masih ada, saya akan cuba bantu.” Kita doakan Man Raja Lawak murah rezeki dan dapatlah dia untuk bantu orang lain di saat yang sukar ketika ini.
Sumber : MSTAR ONLINE
Ramai Yang Tertanya Tanya Tentang Hafiz Suip Gara Gara Nampak Kurus Sangat. Hafiz Suip Tampil Dengan Buat Permohonan Maaf Dan Dedahkan Sesuatu Yang Mengejutkan.
Perkongsian terbaharu menerusi hantaran foto hitam putih penyanyi Hafiz Suip mencetuskan kerisauan ramai. Malah, ada yang tertanya-tanya keadaan pelantun lagu Awan Nano itu yang kelihatan semakin susut berat badannya. “Kenapa kurus sangat ni?” demikian soalan yang ditulis kebanyakan peminat menerusi ruangan komen Instagram Hafiz.
Pada hantaran terbabit, Hafiz tampil memohon maaf dan merayu doa daripada pelayar media sosialnya sambil berpesan tentang azb Allah serta pemergian. “Hafiz Suip betul-betul memohon maaf atas apa yang telah dia lakukan terhadap anda sekiranya ada yang terkecil hati, tersalah cakap dan sebagainya yang ada dendam yang tersimpan selama ini. Maafkan saya.
“Ini bukan cerita sedih atau cerita dongeng..tapi hakikatnya saya takut azb Allah SWT di mana satu hari apabila saya pergi saya akan dihisab. “Gaiss saya tak da lah mintak lebih cuma doakan yang baik dan saya mintak kalian bermodalkan 5 minit ja..ada masalah 2 rakaat mintak dengan Allah itu ja. “Jangan harapkan makhluk..maksudnya jangan harapkan diri kita sekalipun…sebab yang menggerakkan kita Dia jugak..InshaAllah hati tenang pasti jumpa solusi,” tulisnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : Gempak
Akhirnya dah terjawab teka teki tentang kesihatan Hafiz Suip. Rupanya ini yang terjadi pada dia sampai kurus sangat.
KEADAAN kesihatan Hafiz Suip terus menjadi tanda tanya apabila foto terbaharunya memperlihatkan bentuk badan penyanyi itu semakin susut. Menyedari kebimbangan peminat, Hafiz atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 31, berkata, dia berada dalam keadaan baik dan sudah menjalani pemeriksaan kesihatan.
“Assalamuailakum guys… ni sikit lagi nak kembang, tunggu gim buka sahaja. “Sihat dan sakit kita ni Allah SWT yang tentukan, bukan siapa-siapa yang tentukan termasuk diri kita. Tapi sebagai asbab untuk kita tahu, (sebab) itu kita jumpa doktor.
“So far, Alhamdulillah okay guys… dah jangan fikir banyak. Kita teruskan usaha kita, ” katanya menerusi Instagram. Perkongsian Hafiz di laman Instagramnya. Bersama kapsyen itu Hafiz berkongsi foto dia di depan cermin sambil menunjukkan otot di bahagian lengannya.
Dalam pada itu penyanyi lagu Kisah Cinta Kita itu turut berterima kasih di atas keprihatinan peminat terhadapnya dan turut mendoakan yang terbaik buat semua. “Saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan anda… terima kasih di atas keprihatinan kalian.
“Saya sayang kalian sampai jannah, InsyaAllah, ” tulisnya. Sebelum ini, bapa kepada dua cahaya mata itu mendapat perhatian apabila memuat naik satu status di laman Instagram, memohon maaf di atas segala kesilapannya.
Hafiz bersama isteri dan dua anak lelakinya.
Menurut anak jati Kuching, Sarawak ini dia berbuat demikian kerana takut dengan azb Allah di hari pembalsan kelak. “Saya minta maaf jika pernah tersalah cakap, terkecilkan hati atau ada dendam yang tersimpan selama ini… maafkan saya.
“Ini bukan cerita sedih atau cerita dongeng… tapi hakikatnya saya takut azb Allah SWT di mana suatu hari nanti apabila saya pergi menghadap illahi saya akan dihisab. “Saya tidak minta lebih, cuma doakan yang baik dan saya minta kalian bermodalkan lima minit sahaja, ada masalah… dua rakaat minta dengan Allah, itu sahaja, ” katanya.
Usaha mStar untuk mendapatkan komen lanjut daripada Hafiz belum berhasil berikutan dia tidak menjawab panggilan.
Sumber : mstar via apampink
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment