“Tak Mudah Lalui Trimester Pertama Tanpa Suami Disisi, Tapi Syukur…” -Isteri Azizulhasni

“Tak Mudah Lalui Trimester Pertama Tanpa Suami Disisi, Tapi Syukur…” -Isteri Azizulhasni

Siapa yang tak sebak apabila suami tercinta dapat mengukir nama di pentas antarabangsa susulan memenangi pingat di sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Tak Mudah Lalui Trimester Pertama Tanpa Suami Disisi, Tapi Syukur…” -Isteri Azizulhasni



Isteri kepada pemenang pingat perak bagi acara keirin, Dato’ Mohd Azizulhasni Awang, Datin Athiah Ilyana binti Abd Samat telah meluahkan rasa syukur dan gembira dengan kejayaan suaminya yang membanggakan negara.

ARTIKEL MENARIK:“Kecewa Habis!” Kekasih Hati Nur Dhabitah Bukan Calang2 Orang


Lebih menggembirakan lagi adalah khabar mengenai kehamilannya membuatkan suami tercinta ‘tergamam’ ketika ditemubual media Malaysia diatas kejayaannya menaiki podium Olimpik sekali lagi.

Dalam penulisan panjang lebar  Athiah di Instagram, dia mengakui bahawa tak mudah melalui trimester pertama kehamilan tanpa pasangan disisi. Namun tetap gigihkan diri demi melihat suami yang jauh diperantauan berjuang buat negara.

Dia juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu ketika dia berada dalam keadaan tidak sihat dan turut meluahkan rasa terima kasih kepada mereka yang bekerja keras di dalam ‘pasukan Azizul’.

“Thank you Allah ..Thank you buat semua Team Azizul ! Semua yang support dan menolong saya di Melbourne tatkala saya sedang di landa “Morning sickness” yang sangat teruk. Yang hantar makanan , yang datang urut , yang tolong ambikkan anak, yang tolong kemas rumah..Thank you so much ..hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian..” tulisnya.



Loading...

Datin Athiah juga begitu bersyukur kerana dikurniakan orang-orang yang sangat mengambil berat akan dirinya dan anak-anak yang jauh berada di Malbourne walaupun Azizulhasni terpaksa meninggalkan mereka buat seketika demi perjuangan bersama pasukan Malaysia.

Hanya ucapan terima kasih yang tak henti-henti kepada semua diberikan atas segala bantuan dan doa.

“Sesungguhnya, agak sukar bila your partner is not beside you tatkala 1st trimester .But Alhamdulillah, just trust on Allah’s plan . Allah will always be with you and Allah will send people to help you.Syukur sangat-sangat.
Terima Kasih sekali lagi. Saya sayang semua,” ucapnya.


Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan tahniah buat mereka diatas kejayaan Dato’ Azizulhasni membawa pulang pingat perak dan berita kehamilan isteri.

Mereka dikhabarkan bakal menimang cahaya mata ketiga selepas dikurniakan dua orang zuriat perempuan sebelum ini.


Sumber: OMM via Motif Viral




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post