Tak dinafikan semakin hari, dunia dan teknologi semakin berkembang. Tetapi ada segelintir selebriti Korea memilih untuk tidak ‘terjebak’ dan mempunyai sebarang akaun media sosial.
Kamu tahu siapakah mereka? Jika tidak, teruskan scroll sampai habis okay!
ARTIKEL MENARIK:Murtad Dan Kembali Memeluk Islam, Ini Respon Mengejutkan Ustaz Abdul Somad Buat Pelakon Ini
Kim Hee Won
Aktor ini pula berkata dia tidak memerlukan media sosial kerana tidak mahu berkongsi kehidupan peribadinya dengan orang ramai.
Foto – Kim Hee Won TH (Facebook)
Ha Jung Woo
Ha Jung Woo berkongsi dia tidak mempunyai keperluan untuk menggunakan media sosial. Tambah-tambah lagi pada usianya yang sudah 50-an.
Foto – Character Media
Yoo Jae Suk
Bagi Yoo Jae Suk pula, dia tidak mahu bermain media sosial kerana bimbang menjadi ketagih menggunakannya sepanjang hari dan tidak dapat melakukan perkara lain.
Foto – News Beezer
Dong Ha
Ujar Dong Ha, aktor ini mengatakan media sosial dapat membangkitkan pelbagai isu yang sensitif walaupun ianya salah satu cara yang efektif untuk berkomunikasi dengan peminat.
Foto – Soompi
Gong Yoo
Dedah aktor ini, dia tidak mahu berkongsi mengenai kehidupan peribadinya di media sosial. Baginya akan ada satu situasi di mana sesetengah kenangan tersebut perlu dilupakan selama-lamanya.
Foto – Kpop Hit
Song Joong Ki
Bekas suami Song Hye Kyo berkata dia tidak mempunyai akaun media sosial kerana tidak mahir menggunakan teknologi. Kongsinya lagi dia hanya mempunyai akaun Instagram yang dikendalikan oleh agensinya sahaja.
Foto – Hindustan Times
Park Bo Young
Aktres genit ini pula berkata dia tidak mempercayai dirinya untuk menggunakan media sosial kerana dia mudah menjadi emosional dan marah. Tambah Park Bo Young, dia hanya memiliki akaun Instagram yang dikendalikan oleh kakitangan di BH Entertainment.
Foto – Allkpop
Kang Dong Won
Bagi Kang Dong Won pula, dia tidak memiliki sebarang akaun media sosial kerana tiga sebab. Antaranya adalah dia tidak ada apa yang mahu dikongsi, personalitinya tidak perlu dikongsi dengan orang yang tidak dikenali dan dia tidak tahu bagaimana media sosial boleh menjadi salah satu bentuk komunikasi.
Foto – Viki
Kredit -Murai MY.
Post a Comment