Sejak kebelakangan ini nama Ustaz Ebit Lew sering menjadi perbualan hangat para netizen. Ustaz Ebit Lew adalah seorang pendakwah bebas yang cukup dikenali di kalangan rakyat Malaysia.
Sebelum kami mengulas lebih lanjut lagi, mari kita kenali dengan lebih rapat lagi siapakah insan yang sering menjadi sebutan ini.
ARTIKEL MENARIK:Ayash dah buka mata dan stabil – Shuib
staz Ebit Lew atau nama sebenarnya ialah Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau yang dilahirkan pada 21 Disember 1984. Ebit Lew berasal dari Pahang dan merupakan anak ke-3 dari 11 orang adik beradik. Ebit Lew yang berketurunan Cina dan mula memeluk Islam pada usianya 12 tahun. Dia telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai empat orang cahaya mata.
Ebit Lew juga sering mendapat perhatian susulan daripada keprihatinannya yang suka membantu dan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira agama dan kaum. Namun, sejak kebelakangan ini, nama Ebit Lew sering dihujani dengan beberapa kontroversi. Di sini kami senaraikan antara 6 kontroversi yang berkait dengan Ustaz Ebit Lew. Jom kita tengok!
1. Misi Kemanusiaan Ke Gaza
via caramohon.com
Pada Mei 2021, Ustaz Ebit lew telah berangkat ke Palestin untuk misi bantuan kemanusiaan. Namun, misinya dicemari dengan pelbagai dakwaan dan caci maki yang agak buruk dan telah mendapat perhatian negara.
Dia juga telah digelar dajal, syaitan, babi dan perompak oleh segelintir individu yang beranggapan dia tidak telus dalam menguruskan dana.
Antara dakwaan lain adalah pasukan Ebit Lew tidak berkongsi perkembangan sepanjang di Kaherah, pembelian bantuan sepatutnya dibeli di Gaza bukan di Kaherah dan masa 3 hari di Gaza terlalu singkat untuk menjalankan misi bantuan kemanusiaan dan pelbagai lagi tohmahan.
2. Perbalahan Dengan Penyanyi Rap, Caprice
via kitareporters.com
Penyanyi rap Caprice yang turut sama melancarkan misi kemanusiaan ke Palestin juga mendakwa bahawa Ustaz Ebit Lew mempergunakan gambar kanak-kanak miskin di sana untuk menguar-uarkan misi kemanusiaannya berdasarkan dakwaan dari penduduk Palestin sendiri.
Caprice juga mengatakan bahawa rancangan mereka untuk memasuki Gaza bersama juga telah terhalang akibat campur tangan dari pihak luar.
Ustaz Ebit Lew juga ada menjelaskan yang dia terkejut kerana Caprice cuba menepis tangannya sewaktu Ebit memeluk Caprice dan menepuk dadanya sebagai tanda menenangkan hati. Walau bagaimanapun, Caprice telah membuat permohonan maaf dengan semua isu yang terjadi antara dia dan Ustaz Ebit Lew.
3. Tuduhan Dr Nadir Al-Nuri
via buzzkini.com
Pada 21 Julai 2021, Nadir Al-Nuri telah menuduh Ustaz Ebit Lew yang katanya menggunakan ‘pintu belakang’ untuk memasuki Palestin, iaitu menggunakan bantuan sebuah syarikat alternatif yang menjamin kemasukan lebih mudah tetapi dengan bayaran yang lebih tinggi. Nadir juga mempersoalkan etika-etika lain termasuk pembelian barangan bantuan di Mesir berbanding di Gaza.
Dalam live Muhammad Nadir Al-Nuri sebelum ini, dia juga pernah menyebut bahawa beliau telah mengumpul sumbangan yang bernilai RM20 juta. Namun Ustaz Ebit Lew menyangkal balik persoalan itu kepada Nadir ‘Di mana duit RM20 juta yang dikutip, kat akaun siapa dan juga tiada bukti atau resit’.
4. Isu Melibatkan Pendakwah Bebas Ustaz Abu Syafiq
via buzzkini.com
Baru-baru ini, Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary mendakwa dirinya telah difitnah teruk oleh beberapa orang ahli dari pasukan Ustaz Ebit Lew.
Antara fitnah yang dilontarkan adalah Ustaz Abu telah mengeluarkan kata-kata kesat serta menghina kerja amal dan mengkafirkan Ebit Lew. Namun setelah disiasat, rupanya lama Facebook Ustaz Abu Syafiq telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
5. Video ‘Leak’ Yang Mirip Ustaz Ebit Lew Tersebar
via screenchot
Terbaru, nama Ustaz Ebit Lew sekali lagi terpalit dengan isu panas yang kononnya terdapat sebuah video ‘leak’ yang mirip Ebit Lew telah tersebar di media sosial. Video tersebut yang menunjukkan seorang lelaki yang melakukan aksi yang tidak sopan di atas katil.
Ustaz Ebit Lew telah melakukan sidang media pada 22 Julai untuk membantah segala apa yang didakwa sebagai fitnah terhadap dirinya. Laporan juga telah turut dibuat olehnya sebagai balasan terhadap semua dakwaan yang dilemparkan kepada dirinya. Perkara ini telah mendapat perhatian seluruh negara.
Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik agar semua ini berakhir dengan sempurna.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment