BAYI lelaki Siti sarah yang dilahirkan secara pramatang menerusi pembedahan kecemasan pada petang Jumaat, kini menunjukkan perkembangan positif.
Suami Sarah yang juga pelawak Shuib Sepahtu, 37, berkongsi perkembangan terkini cahaya mata keempat mereka yang diberi nama Ayash Affan itu menerusi Instagram Story miliknya sebentar tadi.
ARTIKEL MENARIK:Tahap oksigen Sarah tunjukkan perkembangan positif – Shuib kongsi perkembangan terkini Sarah
“Alhamdulillah sedikit perkembangan terkini untuk Ayash Affan. Dr Faiz dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagitahu, pagi ini dia dah buka mata, kaki dah menendang-nendang, tangan bergerak aktif dan keadaan baby stabil,” tulisnya.
Dalam masa sama, Shuib juga memanjatkan rasa syukur atas perkembangan tersebut dan mengucapkan terima kasih untuk doa-doa yang dikirimkan orang ramai kepada isteri dan anaknya.
“Ya ALLAH syukur. Ini juga berkat doa anda semua yang tak henti-henti mendoakan kesihatan Ayash.
“Saya balikkan doa-doa kalian. Semoga anda juga dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik dan terhindar dari segala kemudaratan. Insya-ALLAH,” katanya.
Terdahulu Sarah menjalani pembedahan kecemasan untuk mengaluarkan bayi dalam kandungannya. Bayi lelaki yang dinamakan Ayash Affan itu kini berada di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) disebabkan lahir secara pramatang.
Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada tahun 2011. Pasangan ini turut memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Kredit -Sinar Plus.
Post a Comment