BANGI, 26 Zulhijjah 1442H, Khamis – Pendedahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, menjadi bukti bahawa beliau terhimpit dengan tekanan pihak tertentu yang terpalit dengan pendakwaan di mahkamah.
Ternyata Muhyiddin selama ini menyembunyikan tekanan dan pelbagai permintaan tidak berasas yang terpaksa dilayani, demi memastikan kestabilan kerajaan bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara.
ARTIKEL MENARIK:Syed Saddiq didakwa atas pertuduhan pengubahan wang haram
Apatah lagi, keadaan itu berlaku dalam situasi pandemik COVID-19 yang semakin memuncak dan kelesuan ekonomi akibat kesan berterusan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Setiausaha Agung BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim.
“Namun setelah didesak begitu teruk sehingga melibatkan penarikan diri lapan Ahli Parlimen UMNO dari Perikatan Nasional, PM terpaksa menyebutkan isu sebenarnya berlaku,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Beliau berkata, meskipun tiada nama yang disebutkan Muhyiddin, umum sudah pun mengetahui beberapa individu yang kini sedang berhadapan dengan kes pendakwaan di mahkamah membabitkan salah laku, rasuah dan pengubahan wang haram.
“Ini juga menunjukkan seolah-olah ada campur tangan Perdana Menteri dalam bidang kuasa sistem kehakiman negara sebelum ini, sehingga ia diterima sebagai sesuatu yang biasa dan pernah berlaku,” katanya.
Semalam, Muhyiddin mendedahkan ada pihak yang kurang senang dengan ketegasannya untuk tidak melayan beberapa tuntutan termasuk desakan supaya beliau mencampuri urusan mahkamah bagi membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.
Beliau dalam perutusan khas berkata, disebabkan itu, ada pihak-pihak tertentu sengaja mencetuskan kemelut yang cuba menangguk di air yang keruh.
Kredit -ismaweb.
Post a Comment