Ning Baizura Titip Pesanan, Nourul Depp Dah Nak Pindah Ke Luar Negara?

Ning Baizura Titip Pesanan, Nourul Depp Dah Nak Pindah Ke Luar Negara?

Tak mahu berkongsi di manakah lokasi penghijrahannya, penyanyi Nourul Depp mendedahkan dia bakal berpindah ke luar negara dalam masa terdekat.

Ning Baizura Titip Pesanan, Nourul Depp Dah Nak Pindah Ke Luar Negara?



Menerusi akaun Instagramnya, penyanyi ini meluahkan rasa sedih apabila terpaksa meninggalkan kediamannya.

ARTIKEL MENARIK:Siti Sarah dikejarkan ke hospital, Shuib mohon doa orang ramai


Dalam posting tersebut, rakan selebriti Nourul, Ning Baizura turut menitipkan pesanan bersempenan dengan perpindahannya itu.

Bakal Berpindah Minggu Depan 

Dedah Nourul, dia bakal berpindah ke luar negara bersama keluarganya pada minggu hadapan. Tambahnya, pada ketika ini dia akan berpindah ke rumah sementara sebelum meninggalkan Malaysia.

Pada masa yang sama, Nourul juga meluahkan rasa sedihnya kerana terpaksa meninggalkan rumahnya dan juga Malaysia. Akuinya, dia berharap dapat membantu negara ketika pandemik ini.

“Have A Great Journey”- Ning Baizura 

Di ruangan komen, penyanyi Ning Baizura mendoakan agar urusan perjalanan Nourul dan keluarganya dipermudahkan. Tambahnya lagi, dia akan melawati rakannya itu selepas pandemik berakhir.


Foto – New Straits Times


Loading...


“Salam darling have a great journey esok. Love you to the moon and back Na. Nanti I visit you okay. Nanti tu tak tahu bila but InshaAllah. Love and hugs to family”, tulis Ning.

Kami di Murai MY sentiasa mendoakan agar perjalanan Nourul Depp dan keluarga dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi.


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post