Mangkuk boleh kitar semula – Azman Naim reviu ‘kabinet’

Mangkuk boleh kitar semula – Azman Naim reviu ‘kabinet’

PETALING JAYA – Lelaki yang tular menerusi nyanyian saduran lagu My Way dendangan asal Frank Sinatra iaitu Mohd. Nur Azman Naim berkongsi satu video yang mencuit hati ramai dalam Instagram.

Mangkuk boleh kitar semula – Azman Naim reviu ‘kabinet’



Azman atau lebih dikenali dalam Instagram dengan nama Azman Naim 44 Mantra berkongsi satu hantaran video reviu atau ulasan sebuah kabinet di rumahnya.

ARTIKEL MENARIK:Azman atau lebih dikenali dalam Instagram dengan nama Azman Naim 44 Mantra berkongsi satu hantaran video reviu atau ulasan sebuah kabinet di rumahnya.


“Hari ini saya tiada nak buat apa sangat, tiada lagu atau apa. Saya cuma nak ‘review’ kabinet saya. Kabinet (rumah saya) ini biasa sahajalah kan. Tiada apa yang istimewa pun.

“Tapi, apa yang penting, kabinet ini boleh letak macam-macam. Contohnya seperti mangkuk. Bukan sebarang mangkuk, ini mangkuk plastik dan boleh dikitar semula.

“Kalau tiada guna (waktu) dahulu, kita boleh kitar semula jadikan mangkuk, kita letak begini. Jadi, penting sebenarnya barang-barang kitar semula ini. Itu sahaja saya nak review, ini kabinet saya,” katanya bersahaja dalam video berkenaan.

Berdasarkan video yang dimuat naik, walaupun tidak menyebut mana-mana pihak secara spesifik, ramai dalam kalangan netizen menghubungkaitkan video tersebut dengan situasi politik semasa negara yang sekali lagi bertukar pucuk pimpinan baru-baru ini.



Loading...


Dalam gelanggang media sosial khususnya Twitter, kecoh sehingga trending isu kabinet dan ‘kitar semula’ yang menurut ramai, dapat dilihat menerusi pembentukan kabinet baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat.

Rata-rata jemaah menteri yang diumumkan merupakan bekas menteri dan timbalan menteri yang dibarisi kerajaan terdahulu namun tiada pengumuman berhubung lantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri dibuat.

Nur Azman sebelum ini, ‘dikehendaki’ oleh Tunku Ismail Ibrahim selepas berjaya mencuri perhatian ayahandanya, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar susulan sebuah video nyanyian parodinya yang tular di Instagram.

Azman, 36, sering memuat naik video nyanyiannya dalam platform media sosial dan baru-baru ini lagu saduran My Way dendangan asal Frank Sinatra ditukar dengan lirik berkenaan vaksin, Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertajuk My Sejahtera Way yang dimuat naik olehnya mendapat perhatian ramai.

TMJ dalam satu perkongsian dalam Instagram, mencari pemilik akaun tersebut sambil memuji perkongsian Azman Naim dalam Instagram dengan kapsyen ‘First Class’. – K! ONLINE


Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post