SHAH ALAM – Pembangkang menyifatkan anggota kabinet yang dilantik Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sama seperti lantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut menggelarkan kabinet yang diketuai oleh Ismail Sabri sebagai ‘kabinet gagal 2.0’.
ARTIKEL MENARIK:“Tak boleh rakam, KJ dh letak jawatan” Sejam diumum Menteri Kesihatan, KJ respons isu video suntikan
“Inilah sebab utama kenapa UMNO kononnya ingin menumbangkan kerajaan gagal sebelum ini. Tapi, apabila UMNO ada kuasa melantik kabinet baharu, benda sama juga yang dibuat,” katanya menerusi Instagramnya pada Jumaat.
Tambahnya, Perdana Menteri telah membazirkan peluang untuk melantik individu yang bagus dalam pemilihan kabinetnya.
Beliau pada masa sama menamakan individu-individu terbabit antaranya Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said; Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan; Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari dan lain-lain.
“Mengapa lantik lagi menteri yang jelas tidak mempunyai prestasi yang baik? Mengapa pemimpin yang ada rekod buruk masih lagi jadi sebahagian dari kerajaan ini?
“Jadi, kerajaan gagal sebelum ini hanya mengambil cuti lebih kurang dua minggu sebelum kembali bertugas,” katanya.
Dalam pada itu, bekas perdana menteri Najib Razak memahami kenapa PM Ismail Sabri perlu melantik kabinet tersebut walaupun ramai rakyat kecewa
Berikut ulasan Najib Razak di Facebook beliau
Betul! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan.
Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini.
Seolah-olah kebanyakan menteri dan timbalan menteri adalah orang yang sama dan ini adalah kabinet recycle.
Bagaimanapun, saya faham kenapa PM9 dan YDP Agong membuat keputusan berikut.
Agar mengelak perubahan terlalu besar dilakukan pada ketika tempoh kritikal ini.
Pun begitu, sebenarnya hampir separuh kementerian kerajaan telah bertukar pemimpin. Antaranya:
1. Luar Negara
2. Kesihatan,
3. Pertahanan
4. Sains, Teknologi dan Inovasi
5. Perumahan dan Kerajaan Tempatan
6. Komunikasi dan Multimedia.
7. Wilayah Persekutuan
8. Tenaga dan Sumber Asli.
9. Pembangunan Luar Bandar
10. Belia dan Sukan.
11. Usahawan dan Koperasi
Selain itu, menteri-menteri bagi agama, undang-undang dan Tugas-Tugas Khas Jabatan Perdana Menteri turut bertukar.
Tapi saya percaya bahawa dasar MKN bagi pengawalan Covid juga akan berubah sebab ketua MKN telah bertukar.
Dan jika ada yang masih mahu buka pintu belakang, ketua MKN baharu yang mempunyai hak serta kuasa bagi keputusan terakhir perlaksanaan dasar akan menghalangkan.
Jadi, harapan saya satu sahaja.
Bahawa kabinet hari ini PERLU berdasarkan hasil dan pencapaian.
Dan PM9 akan gugurkan menteri-menteri yang gagal membuktikan pencapaian serta kemampuan mereka selepas tempoh 100 hari yang diberi telah berlalu.
InsyaAllah, saya akan membantu seberapa yang mungkin dalam usaha memulihkan negara dari segi Covid, ekonomi dan kesejahteraan Rakyat.
Selamat bertugas.
The countdown to 100 days begins now.
Kabinet: Perlu bukti pencapaian dalam tempoh 100 hari
Setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau akan memastikan barisan Kabinet baharu yang diumumkan hari ini menekankan budaya kerja berprestasi tinggi.
“Justeru, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta
mencapai sasaran ditetapkan.
“Untuk itu, setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama,” katanya.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, barisan Kabinet dan kementerian perlu dipastikan berupaya menggalas tanggungjawab diamanahkan dengan komited dan lebih proaktif.
“Saya berharap pelantikan Kabinet ini akan memberi keyakinan baharu untuk negara bangkit dan bersatu dalam
melawan Covid-19 serta membebaskan Keluarga Malaysia daripada kesengsaraan hidup akibat pandemik ini,” katanya.
Kredit -Trending Sangat
Post a Comment