Hikmah PKP, Lelaki Ini Berjaya Cantikkan Ruang Dapur Dengan DIY Coffee Cabinet

Hikmah PKP, Lelaki Ini Berjaya Cantikkan Ruang Dapur Dengan DIY Coffee Cabinet

Impian setiap pencinta kopi, iaitu memiliki kabinet kopi sendiri di rumah. Meskipun bahagian yang kecil, namun sedikit sebanyak ia boleh memberikan impak yang berlainan.

Hikmah PKP, Lelaki Ini Berjaya Cantikkan Ruang Dapur Dengan DIY Coffee Cabinet



Perkongsian daripada saudara Mohammad Rozuwan Zaini ini, mendapat perhatian perhatian apabila dia berjaya membuat sendiri (DIY) ruang kabinet kopi di rumahnya.

ARTIKEL MENARIK:Tayar Kereta Terpakai Dibuatkan Kerusi. Wanita Ni DIY Sendiri Je, Cukup Mudah & Hasilnya Nampak Wow!



Menurut Rozuwan, dia mengambil masa 2 jam lebih untuk menyiapkan lukisan rekaan. Rekaan yang digunakan hasil daripada ideanya sendiri dan juga termasuk ilham dari gambar-gambar pinterest.


Malah semua peralatan, kelengkapan dan papan dibeli secara online memandangkan pada ketika itu kedai hardware tidak dibuka.

Alhamdulillah siap jugak projek pkp tiga point kosong. Simple DIY coffee cabinet. Kali pertama main kayu, kita try and error je. Semua buat sendiri dari design sehingga pemasangan. Terima kasih pada Google, YouTube dan juga kawan yang sudi bagi ilmu yang sangat berguna.

TONTON Minit Ekspress: Ayam Masak Merah

TONTON Dapur Rasa Live:  Spageti Sos Rendang 

Oleh sebab pkp, terpaksalah kita beli di shopee. Sekecil-kecil barang seperti skru sehingga ke melamin chipboard. Untuk kos semua anggaran dalam RM500+++. Rasanya sangat berbaloi dari segi duit dan pengalaman buat sendiri.

Perkara pertama sekali, korang kenalah ada design cabinet tu sendiri. Tak kisah lukis di kertas atau di komputer. Janji nampak bentuk.


Menurut Rozuwan, penting untuk kita mengetahui ukuran setiap papan yang ingin dibeli bagi mengelakkan salah beli barang yang diperlukan. 



Loading...


Senang untuk korang tahu setiap inci panjang ukuran papan. Kena ingat tebal papan melamin ada 15mm & 16mm. Jadi korang siap-siap kira semua ukuran sebelum submit quotation.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Untuk hinge pulak atau Bahasa Melayunya, engsel pintu. Ade 3 jenis hinge ni, full close, half overlay dan insert. Ikut kesesuaian kabinet kita nak guna mana.


Untuk projek ni, saya guna full close jenis 3D adjustable soft close. Sebabnya dia advance sikit boleh adjust depan belakang atas bawah. Tapi mahal sikit dari hinge biasa.

Bagi korang yang nak nampak pintu kabinet tu sedikit premium/mewah dengan adanya frame, korang boleh letak papan MDF batten wall yang bersaiz 2 inci lebar, tebal 6mm. Potong ikut size pintu kemudian tampal guna silicone kayu.

Untuk table top pula, korang boleh pilih material apa yang korang nak. Contoh kayu nyatoh, quartz stone, marble.


Untuk projek ni, saya pilih rubber wood solid board. Gosok 3 layer sand paper cp1000, cp1500, cp2000 selang seli dengan clear lacquer. Nak guna shellac pun boleh.

Untuk bahagian belakang pula, cuma guna playwood 3mm je. Di hardware untuk size 3mm 4ft x 8ft dalam RM20 lebih sahaja sekeping. Potong ikut saiz kabinet. Macam saya beli dekat shopee juga sebab masa tu semua hardware tutup.


Dah siap pasang semua, nak nampak handle ala-ala European style. Boleh cari di shopee. Item memang solid berat dan berpatutan.



Lagi satu, bekas-bekas transperant dalam kabinet tu semua beli dekat eco je. Nak penuhkan, nak kena cari eco tempat lain. Sebab cepat sold out pula.

Kredit: Mohammad Rozuwan Zaini  via Rasa




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post