Hamil Di Usia 68 Tahun, Wajah Wanita Ini Menjadi Tumpuan Warga Net

Hamil Di Usia 68 Tahun, Wajah Wanita Ini Menjadi Tumpuan Warga Net

Artis Mexico Lyn May telah mengumumkan kehamilannya pada usia 68 tahun hasil hubungan bersama dengan jejaka berusia 39 tahun lebih muda daripadanya.

Hamil Di Usia 68 Tahun, Wajah Wanita Ini Menjadi Tumpuan Warga Net



Kandungan Berusia Tiga Bulan


ARTIKEL MENARIK:Seram! “The Granny Ripper” Pembunuh Bersiri Yang Membunuh Dan Memakan Mangsanya


Melalui akaun Instagram miliknya, Lyn mengumumkan berita kehamilannya bersama pasangannya yang baru sahaja berusia tiga bulan.

Aku sangat bahagia untuk mengumumkan bahawa aku hamil tiga bulan. Dan @markosd1official sangat gembira kerana dia akan menjadi ayah.



Loading...


Bakal Direkodkan Di Dalam Guinness World Record


via Larapublica

Menurut Wolipop, nama Lyn May akan direkodkan di dalam Guinness World Record sebagai wanita tertua di dunia yang melahirkan anak sekiranya kehamilannya terus bertahan sehingga bersalin. Sebelum ini rekod tersebut dipegang Bousada yang melahirkan anak pada usia 66 tahun 258 hari.

Wajah Sering Berubah


via La Rozen

Lyn May juga sering menjadi bualan apabila wajahnya sering kali nampak berubah jika dibandingkan zaman mudanya. Dia juga mengakui bahawa dia melakukan pembedahan plastik setelah wajahnya bengkak akibat menggunakan baby oil yang kononnya dapat menampakkannya jauh lebih muda.

Kini Lyn May kelihatan bahagia bersama pasangannya, Markos D1 yang berusia 29 tahun. Markos yang merupakan seorang pemusik juga kelihatan bahagia bersama Lyn apabila pelbagai gambar mesra mereka berdua di akaun Instagramnya.

 


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post