Darah ‘Ganjil’ Rh17 Pemilik Lelaki Sarawak Diterbangkan Ke Johor

Darah ‘Ganjil’ Rh17 Pemilik Lelaki Sarawak Diterbangkan Ke Johor

BIASANYA yang kita dengar kumpulan darah terdiri daripada jenis A, B, AB, dan 0.

Darah ‘Ganjil’ Rh17 Pemilik Lelaki Sarawak Diterbangkan Ke Johor



Namun, korang tahu tak, sebenarnya ada satu lagi kumpulan darah yang sangat jarang ditemui iaitu jenis Rh17.

ARTIKEL MENARIK:Kronologi Kes Pendakwah, Ustaz Budak Didakwa Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja Lelaki


Menerusi perkongsian di laman Facebook Blood Bank Hospital Umum Sarawak, darah jenis Rh17 adalah antara kumpulan darah yang jarang ditemui atau mempunyai darah yang ganjil.

Menurutnya, darah jenis Rh17 jarang ditemui dalam kalangan penduduk di negara ini, namun di Sarawak darah
jenis ini dimiliki pada sebahagian kecil pada etnik Bidayuh.

“Semalam (kelmarin) darah Encik Pehan Anak Majis telah di hantar ke Johor Bahru bagi kegunaan pesakit ibu mengandung yang akan menjalani pembedahan ‘caeser’ miliki darah jenis yang sama, Rh17.

“Darah ini dihantar ke Johor transit di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) kemudiannya awal pagi terus ke Johor Bahru,” katanya.




Loading...


Jangan lupa follow kami di Instagram!

Derma darah ketika PKP dibenarkan, ini caranya

Menurut posting itu lagi, individu yang memiliki kumpulan darah ganjil hanya boleh menerima darah dari
kumpulan penderma darah yang sama sahaja.


“Ini kerana jika mereka menerima darah daripada kumpulan penderma yang berbeza ia boleh mengakibatkan reaksi darah akut yang boleh membahayakan nyawa pesakit tersebut.

“Kita doakan pesakit selamat melahirkan anak dengan selamat,” ujarnya.

Sumber: Facebook Blood Bank Hospital Umum Sarawak via Sinar Plus




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post