MENJADI satu kebiasaan terutama golongan wanita yang lebih gemar untuk memandu dengan berkaki ayam.
Hal ini kerana segelintir pemandu akan merasa lebih selesa untuk menekan pedal minyak dan brek.
ARTIKEL MENARIK:457 hari Brunei sifar Covid-19, terima 7 kes positif tempatan, 6 langkah dilakukan serta merta
Namun tanpa mereka sedar, tabiat ini boleh mengundang bahaya terhadap diri mereka sendiri.
Seperti satu laporan sebuah berita di Lagos, Nigeria, Presiden Akademi Perubatan Khas Nigeria, Professor Oladapo Ashiru menyatakan bahawa aktiviti harian seperti memakai gincu, memandu berkaki ayam dan menggunakan racun serangga serta makhluk perosak boleh menyebabkan kemandulan.
Menurut Ashiru, tabiat pemakanan tidak sihat, stres dan makan hidangan stockfish (ikan yang dijemur tanpa
garam) serta ikan mengandungi kandungan merkuri tinggi adalah toksik terhadap embrio sekali gus boleh
menjadi punca utama kemandulan.
Ujarnya lanjut, sebilangan wanita memandu tanpa memakai kasut kerana menganggap cara pemanduan itu lebih
mudah.
Katanya semasa memberi syarahan sempena sesi pengenalan felo dan perasmian sebuah akademi, ramai pesakit mengalami keguguran selepas menjalani proses kehamilan secara luar rahim (IVF) kerana pelapik atas pedal mengandungi mineral yang terbukti toksik terhadap embrio.
Tambah Ashiru lagi, melainkan kita tidak menggunakan mineral tersebut dalam pembuatan pedal, ramai wanita
sukar hamil atau sukar meneruskan kehamilan.
Selain itu, kata beliau, perkara serupa berlaku melibatkan merkuri yang terkandung dalam ikan besar dan
stockfish di samping penggunaan gincu terutama sekali gincu murah kerana ia mengandungi banyak toksin.
Justeru, bagi korang yang suka memandu berkaki ayam, bolehlah perlahan-lahan mengubahnya bagi mengelakkan perkara sedemikian.
Sumber: Agensi via Sinar Plus
Post a Comment