Kecoh di media sosial hari ini mengenai Varian Lambda yang digembar-gemburkan sudah tersebar di Malaysia, mantan Ketua Wira Perkasa Malaysia,
Irwan Fahmi Ideris bertanya kepada doktor Noor Hisham di Twitter sama ada khabar angin tersebut benar atau sebaliknya.
ARTIKEL MENARIK:Sebahagian besar nama pegawai atasan 1MDB digugurkan
Dr. Noor Hisham Nafi Varian Lambda Tular Di Malaysia
Dipetik dari laman Twitter Irwan Fahmi yang bertanya kepada doktor Noor Hisham, mengenai isu Varian Lambda yang dikatakan telah menular di Malaysia.
“Saya dengar #LambdaVariant sudah sampai di Malaysia? Adakah ini benar? @DGHisham” ciap Irwan Fahmi
Menjawab pertanya tersebut, doktor Noor Hisham menyatakan bahawa berita tersebut tidak benar dan saringan dari 43 sampel menunjukan Varian Delta yang mendominasi menerusi pemerhatian.
Foto – Twitter
“Tidak benar dan saringan genomik menunjukan kesemua 43 sampel adalah dominan Varian Delta berdasarkan pemerhatian (VOC). Jadi setakat ini tiada Varian Lambda di kesan di negara kita” ciap Dr. Noor Hisham
Selain itu, ada juga warganet yang lain bertanya mengapa sampel saringan yang diambil terlalu rendah dan doktor Noor Hisham menjelaskan tidak lama lagi ujian saringan genomik sebanyak 3000 akan dilakukan bagi awam dan swasta secepat mungkin.
“Konsortium (awam dan swasta) akan melakukan lebih kurang 3000 ujian genomik secepat mungkin” ciap Dr. Noor Hisham
Diharap Varian Lambda tidak menular di Malaysia.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment