Sebahagian besar nama pegawai atasan 1MDB digugurkan

Sebahagian besar nama pegawai atasan 1MDB digugurkan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, sebilangan besar nama pegawai atasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah digugurkan daripada writ saman yang difailkan syarikat itu selepas menjadi saksi pendakwaan dalam perbicaraan laporan audit 1MDB melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebahagian besar nama pegawai atasan 1MDB digugurkan



Mohd. Hazem Abd. Rahman, 49, bersetuju bahawa keseluruhan nama bekas ahli lembaga pengarah 1MDB dan pengurusan kanan termasuk beliau yang menjadi saksi dalam kes itu, tidak lagi tersenarai sebagai defendan dalam tuntutan saman tersebut.

ARTIKEL MENARIK:“Tidak benar, beliau dipecat kerana berkomplot”- Najib Razak Saman Fitnah Muhyiddin Yassin


Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB itu berkata, hingga kini beliau masih belum menerima writ saman yang difailkan pada Mei lalu dan hanya mengetahui saman itu daripada media.

Ketika ditanya oleh peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, Mohd. Hazem bersetuju nama-nama pegawai `ikan bilis’ yang tidak tersenarai sebagai saksi mahupun gagal dikesan, bagaimanapun masih kekal dalam writ saman tersebut.

Menjawab soalan balas pihak pembelaan, beliau tidak bersetuju bahawa wujud rancangan awal yang diatur oleh pihak pendakwaan untuk menggugurkan nama pegawai-pegawai atasan 1MDB daripada writ saman jika mereka memberi keterangan yang tidak memihak kepada Najib.



Loading...


Saksi itu turut menafikan beliau telah diberi jaminan oleh pihak pendakwaan bahawa dia tidak akan dikaitkan dengan tindakan sivil dan jenayah serta namanya digugurkan daripada writ saman tersebut jika memberikan kerjasama. – K! ONLINE

Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post