Bekas menteri jadi penghantar makanan

Bekas menteri jadi penghantar makanan

Berlin: Dulu beliau menteri, sekarang jadi penghantar makanan. Itu kehidupan baharu bekas Menteri Komunikasi dan dan Teknologi Afghanistan, Syed Ahmad Shah Saadat yang kini mendapatkan perlindungan di Leipzig, Jerman.

Bekas menteri jadi penghantar makanan



Kelibatnya dirakam wartawan tempatan ketika menghantar makanan di negara itu, baru-baru ini.

ARTIKEL MENARIK:Hamil Di Usia 68 Tahun, Wajah Wanita Ini Menjadi Tumpuan Warga Net


Mint melaporkan beliau meninggalkan negaranya lebih setahun lalu kerana bimbang ancaman keselamatan dan mendapatkan perlindungan di Leipzig.

Syed Ahmad Shah tiada banyak pilihan dan bekerja sebagai penghantar piza untuk meneruskan hidup.

Gambar Syed Ahmad Shah dirakam di beberapa lokasi di bandar itu menghantar makanan dari rumah ke rumah dengan basikal dan ia tular di media sosial pada Rabu.

Beberapa agensi media melaporkan mengenai perkembangan mantan menteri itu dan Syed Ahmad Shah mengesahkannya kepada Sky News Arabia.

Wartawan Jerman mengakui bertemu Syed Ahmad Shah di jalanan dan berkongsikan perkara itu di Twitter.

"Beberapa hari lalu, saya bertemu seorang lelaki yang mengaku bekas menteri komunikasi Afghanistan dua tahun lalu.

"Saya tanya apa dia buat di Leipzig. Katanya dia bekerja dengan Lieferando," katanya.

Lieferando menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan di Jerman.



Loading...


Syed Ahmad Shah menyertai gabungan dengan pemerintah Afghanistan yang dipimpin Ashraf Ghani sebagai menteri kabinet tiga tahun lalu.

Beliau berkhidmat selama dua tahun sebagai menteri maklumat dan teknologi Afghanistan sebelum mengundurkan diri tahun lalu.

Syed Ahmad Shah kemudian dilaporkan tiba di Jerman pada Disember 2020.

Beliau juga memiliki dua ijazah sarjana dalam bidang komunikasi dan kejuruteraan elektronik dari Universiti Oxford, lapor Hindustan Times.


Kredit -hmetro



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post