Bayaran i-Sinar bagi bulan September dibuat bermula 26 Ogos

Bayaran i-Sinar bagi bulan September dibuat bermula 26 Ogos

RASANYA pasti ramai yang menunggu kemas kini terkini berkenaan i-Sinar bukan?

Bayaran i-Sinar bagi bulan September dibuat bermula 26 Ogos



Sedikit berita baik untuk korang! Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memaklumkan bahawa bayaran i-Sinar bagi bulan September 2021 akan dibuat bermula hari ini, 26 Ogos 2021.

ARTIKEL MENARIK:Jangan kongsi screen shot sijil digital, nombor batch vaksin di media sosial. Ini sebabnya…


Menerusi perkongsian di media sosial, pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh satu hingga tiga hari bekerja dan bergantung kepada prosedur bank.

Ahli juga boleh mendapatkan status bayaran terkini melalui i-Akaun (Ahli) dan hubungi talian 03-8922 4848 sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan i-Sinar.

Terdahulu, i-Sinar adalah kemudahan yang diberikan untuk ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis Covid-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.


Bayaran i-Sinar bagi bulan September dibuat bermula 26 Ogos



Loading...


Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000.

Pembayaran dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1.


Namun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000 dan pembayaran turut dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Jadi, gunakan sehabis baik wang korang ya!


Kredit -Sinar Plus.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post