Jangan kongsi screen shot sijil digital, nombor batch vaksin di media sosial. Ini sebabnya…

Jangan kongsi screen shot sijil digital, nombor batch vaksin di media sosial. Ini sebabnya…

SEHINGGA 12 Ogos 2021, sebanyak 40 peratus populasi dewasa Malaysia di seluruh negara telah menerima dua dos vaksinasi Covid-19.

Jangan kongsi screen shot sijil digital, nombor batch vaksin di media sosial. Ini sebabnya…



Bagi mereka yang telah lengkap menerima vaksin Covid-19 akan memperolehi sijil digital vaksinasi yang dipaparkan di aplikasi MySejahtera.

ARTIKEL MENARIK:Terkini Tengku Zafrul dedahkan tarikh duit Icitra masuk buat ramai yang terkejut sebab tak sama dengan yang pihak kwsp umumkan.


Setakat semalam, 40% populasi dewasa Malaysia di seluruh negara telah menerima 2 dos vaksinasi. Terima kasih kerana mendapatkan perlindungan maksimum!

Berikut adalah peratusan terkini kadar vaksinasi populasi dewasa Malaysia sehingga 11 Ogos 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/iJLUUZf6w6

— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) August 12, 2021

Sijil digital vaksinasi yang dipaparkan pada MySejahtera ini akan digunakan untuk pelbagai urusan seperti perjalanan merentas negeri dan daerah mahupun aktiviti sosial lain.

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah syarikat dipercayai di Kedah yang menawarkan perkhidmatan percetakan sijil digital vaksinasi serendah RM15 melalui laman sosial.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali tiada keperluan untuk masyarakat mencetak sijil digital berkenaan kerana tindakan itu boleh mengelirukan.


Katanya, orang ramai boleh tunjuk sijil digital di MySejahtera ketika ini tanpa perlu mencetaknya. Semua pihak mahu membuat perkhidmatan berbayar sedangkan ia tidak perlu langsung untuk mencetak.

“Cukup sekadar menunjukkan sijil berkenaan di telefon bimbit masing-masing kepada penguat kuasa termasuk di sekatan jalan raya (SJR),” katanya.

Selain sijil digital, Noor Azmi berkata orang ramai boleh menunjukkan kad vaksinasi yang diterima selepas suntikan dibuat.



Loading...


“Masing-masing ada kad itu dan saya pernah jumpa rakyat yang ‘laminate’ kad berkenaan untuk disimpan seperti MyKad. Itu juga sebagai bukti sekiranya telefon bimbit kehabisan bateri dan sebagainya.

“Guna kad yang diberikan dan bukannya yang dicipta atau dijual. Setakat ini, hanya itu sahaja kaedah dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan,” katanya.



Susulan penjualan sijil digital di media sosial, Noor Azmi berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan polis akan menjalankan siasatan terhadap penjualan sijil digital vaksinasi palsu tersebut termasuk di platform e-dagang.

Melihat perkembangan semasa selepas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kelonggaran bagi individu yang sudah lengkap dos suntikan vaksin baru-baru ini sedikit sebanyak menyukarkan golongan antivaksin ataupun yang sengaja tidak mahu mengambil vaksin menikmati kelonggaran yang diumumkan.


Justeru, usah membuka peluang kepada golongan tidak bertanggunjawab menggunakan maklumat peribadi kita untuk tujuan berkaitan sijil digital vaksinasi.

Perkongsian tip keselamatan siber daripada pengguna TikTok @dayanakemesky ini perlu diambil perhatian terutamanya bagi yang gemar berkongsi rakam layar dokumen vaksinasi di media sosial.

– Jangan tunjuk status MySejahtera.
– Jangan muat naik sijil digital vaksinasi.
– Jangan dedahkan nombor kad pengenalan dan nombor batch vaksin

@dayanakemeskyDon’t do this when you completed your vaccine 🤦🏻‍♀️⚠ ##techtok ##jombelajar ##tiktokguru ##learnontiktok ##cybersecurity♬ follow me on twitch LCH242 – lloyd🎯

Selain itu, @dayanakemesky yang juga seorang jurutera teknologi maklumat berkata perkara tersebut sekiranya didedahkan akan membuka ruang kepada ‘pencuri’ identiti dan penggodam.

Diharapkan korang yang sudah memuatnaik informasi ini terus bertindak memadamkannya sebelum ia disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: Sinar Harian,@dayanakemesky via Sinar Plus



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post