PELAWAK Shuib Sepahtu berkongsi perkembangan terkini isterinya, Siti Sarah Raissudin yang kini masih belum sedarkan diri dan dirawat di ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Menurut Shuib, isterinya itu menunjukkan perkembangan positif apabila doktor memaklumkan tahap oksigen di dalam badannya kini meningkat sehingga 80 peratus.
ARTIKEL MENARIK:Shuib Reda Ujian “Mohon Maafkan Sarah Jika Ada Sakitkan Hati Sesiapa, Halalkan Makan Minumnya”
“Setakat pagi ini, Sarah masih lagi belum sedar. Masih lagi perlukan bantuan oksigen. Namun alhamdulillah ada peningkatan.
“Pukul 11 malam oksigen turun sehingga 40, tetapi pukul 2 pagi alhamdulillah naik sampai 77 dan baru tadi doktor memaklumkan oksigen Sarah 80,” ujarnya menerusi perkongsian yang dilakukan menerusi Instagram Story miliknya pada pagi Sabtu.
Dalam masa sama, Shuib, 37, memohon orang ramai agar terus mendoakan Sarah dan bayi mereka yang baru dilahirkan semalam.
“Saya harap semua yang melihat hantaran ini terus mendoakan dia dan anak. Semoga kalian dipermudahkan urusan dunia akhirat,” katanya.
Terdahulu Sarah yang dalam keadaan kritikal selamat melahirkan seorang bayi lelaki menerusi pembedahan pada Jumaat. Bagaimanapun penyanyi Kesetiaan itu kritikal dan masih belum sedarkan diri selepas ditidurkan akibat tahap oksigen yang rendah.
Shuib dan Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.
Kredit -Sinar Plus.
Post a Comment