RAMAI yang mengabadikan video semasa suntikan vaksin sebagai memori. Malah ia dibenarkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) ketika itu, Khairy Jamaluddin.
Jelas Khairy, ia bagi memastikan setiap penerima mempunyai bukti kukuh mendapat kadar vaksin yang sempurna bagi mengelakkan isu ‘vaksin angin.’
ARTIKEL MENARIK:“Saya faham kenapa PM9 dan YDP Agong membuat keputusan berikut”-Najib bersuara mengenai kabinet baru Ismail Sabri
Hari ini, selepas dilantik menjadi Menteri Kesihatan, Khairy dilihat membalas ciapan ciapan seorang lelaki yang dihalang merakam video di sebuah Pusat Pengambilan vaksin pada Selasa lalu.
Menerusi ciapan di laman Twitter dua hari lalu, seorang lelaki berkenaan berkongsi pengalamannya dihalang untuk membuat rakaman ketika dia menerima vaksin.
Menurut lelaki tersebut, rakaman berkenaan di ambil untuk tatapan ahli keluarganya sahaja serta telah mendapat kebenaran petugas yang menjalankan suntikan.
Assalamualaikum. https://t.co/O9Wk0ke01h
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) August 27, 2021
Ciapan Khairy tersebut walaupun pendek dan ringkas meraih 38,000 tanda suka dan 38,000 retweet.
Ikuti kami di Instagram!
Sumber : Twitter @Khairykj, @winraffm via Sinar Plus
Post a Comment