Wanita meninggal dunia depan klinik positif Covid-19

Wanita meninggal dunia depan klinik positif Covid-19

Polis Klang Selatan mengesahkan seorang wanita yang menghidap Covid-19 meninggal dunia di hadapan sebuah klinik ketika dia cuba mendapatkan rawatan di situ.

Wanita meninggal dunia depan klinik positif Covid-19



Pengesahan itu dibuat pihak berkuasa selepas beberapa klip video dan foto memaparkan seorang wanita terbaring di hadapan sebuah klinik di Taman Sentosa tular di platform media sosial.

ARTIKEL MENARIK:Bukit Aman serbu 'pesta arak dan karaoke' di balai polis, 8 ditahan


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Shamsul Amar Ramli, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.45 pagi semalam, ketika wanita itu dan adiknya mahu mendapatkan rawatan di klinik terbabit.

“Semasa berada di hadapan klinik tersebut, tiba-tiba wanita itu telah rebah dan tidak sedarkan diri.

"Pihak ambulans yang tiba di lokasi mengesahkan wanita tersebut telah meninggal dunia.

"Mayat wanita tersebut telah dihantar ke Hospital Shah Alam dan hasil keputusan ujian saringan awal rapid test kit (RTK) mendapati wanita tersebut positif Covid-19," katanya dalam kenyataan dikeluarkan malam tadi.

Shamsul Amar juga berkata wanita terbabit memiliki sejarah penyakit diabetes dan darah tinggi.



Loading...


Kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut Covid-19.

Kejadian itu berlaku selepas negara ini merekodkan 199 kematian akibat Covid-19 semalam, yang merupakan angka tertinggi sejak wabak itu melanda.

Daripada jumlah tersebut, 33 orang (16.6 peratus) meninggal dunia sebelum tiba di hospital dengan kebanyakan kes berlaku di Lembah Klang.


Kredit -malaysiakini



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post