Bukit Aman serbu 'pesta arak dan karaoke' di balai polis, 8 ditahan

Bukit Aman serbu 'pesta arak dan karaoke' di balai polis, 8 ditahan

Sebuah balai polis di Kajang, Selangor bertukar menjadi "kelab malam mini" apabila ketua balai dan tiga anggotanya bersama-sama empat wanita berpesta di situ.

Bukit Aman serbu 'pesta arak dan karaoke' di balai polis, 8 ditahan



Setelah mendapat maklumat awam, pasukan dari Bukit Aman menyerbu balai tersebut petang semalam dan menangkap lapan individu.

ARTIKEL MENARIK:“Jika Engkau Tentera Allah Yang Dikirimkan Untuk Memb4nteras Kesombongan Manusia,..” Teks Khutbah Aidiladha Buat Jemaah Tersentuh, Mengalirkan Air Mata


Menurut laporan Berita Harian, kejadian itu berlaku di sebuah "bilik khas" di tingkat dua dan turut dipasang dengan lampu berputar.

Ketika serbuan itu, kesemua mereka didapati sedang menari dan menyanyi karaoke, menurut laporan itu lagi.

Antara barang yang dirampas dalam serbuan adalah botol minuman keras, lima botol air ketum, lampu disko, peralatan sistem pembesar audio, serta gambar lucah yang memaparkan salah seorang anggota yang ditahan dengan seorang perempuan.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Azri Ahmad mengesahkan insiden itu.



Loading...


"Tindakan pegawai, anggota dan orang awam terbabit yang berhibur di sebuah bilik di balai berkenaan dengan berkaraoke adalah menyalahi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak jika mereka didapati melanggar peraturan atau SOP yang ditetapkan," katanya seperti dipetik.

Dia berkata kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu berhubung kesalahan "perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa".

Menurut laporan China Press, ketika serbuan, muzik yang dipasang begitu kuat sehingga mereka tidak mendengar pasukan polis Bukit Aman mengetuk pintu bilik tersebut.


Kredit -malaysiakini



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post