Budak 7 Tahun Dilapor Maut Setelah 70 Hari Koma, Didakwa ‘Dihempas’ 27 Kali Ketika Latihan Judo

Budak 7 Tahun Dilapor Maut Setelah 70 Hari Koma, Didakwa ‘Dihempas’ 27 Kali Ketika Latihan Judo

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di Taiwan dilaporkan meninggal dunia didakwa akibat dihempas jurulatih judo, lapor ABC News.

Budak 7 Tahun Dilapor Maut Setelah 70 Hari Koma, Didakwa ‘Dihempas’ 27 Kali Ketika Latihan Judo



Menurut portal itu, pihak hospital terpaksa menamatkan bantuan hayat kanak-kanak berkenaan selepas tekanan darah dan jantung mangsa terus menurun.

ARTIKEL MENARIK:Siap ‘Hinggap’ Di Tangan, Tular Kelawar Albino ‘Rare’ Jadi Perhatian Ramai, Rupa-rupanya…


Dalam kejadian pada 21 April lalu, mangsa dilaporkan telah dihempas oleh jurulatih yang turut mengarahkan dua pelajar lain untuk menghempas mangsa ke lantai.

Biarpun mangsa merayu agar tindakan itu dihentikan, suspek terus ‘mendera’ mangsa sehingga termuntah dan tidak sedarkan diri, tulis ABC News.

Sementara itu menurut Mothership.sg, mangsa telah dihempas ke lantai sebanyak kira-kira 27 kali dalam kejadian tersebut.

Budak itu juga dilaporkan telah berada dalam keadaan koma selama 70 hari.

Selepas dihempas kali keenam atau ketujuh oleh jurulatih berkenaan, kanak-kanak itu mula tidak sedarkan diri. Bagaimanapun, jurulatih tersebut mendakwa mangsa hanya berpura-pura pengsan, tambah portal itu.

Selepas dibawa ke hospital, doktor mengesahkan mangsa mengalami pendarahan pada otak yang setara dengan kecederaan jika dilanggar kereta.

Dedah media tempatan, Central News Agency, suspek yang menawarkan khidmat latihan secara percuma itu tidak mempunyai lesen sebagai jurulatih.



Loading...


Dakwanya, perbuatan ‘menghempas’ itu adalah sebahagian daripada latihan biasa, walaupun mangsa merupakan pelajar baru yang belum mempunyai kemahiran mempertahankan diri, tulis portal itu.

Susulan itu, dia kini berhadapan tuduhan menyebabkan kecederaan dan menggunakan kanak-kanak untuk membuat aksi jenayah.

Biarpun siasatan masih berjalan, suspek kini telah dibebaskan dengan jaminan, tulis ABC News.

Sumber: ABC NewsMothership.sg  via Siakap Keli




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post